Bench presa ialah senaman paling asas dan kerap dilakukan dalam semua gym di dunia. Rata-rata mengakui ia ialah antara senaman terawal yang diajar. Kenapa? Otot chest yang mantap ialah misi setiap abang sado di luar sana.

Untuk melakukan bench press, anda memerluka dua benda, iaitu sebuah bangku dan bebanan. Anda boleh gunakan barbell ataupun dumbbell untuk senaman ini. Umumnya, anda boleh gunakan bebanan lebih berat dengan barbell berbanding dumbbell, tetapi dumbbell membenarkan pergerakan lebih besar untuk mengaktifkan lagi banyak gentian otot.

Di kebanyakan gym, biasanya mereka ada bangku boleh laras. Bangku tersebut boleh jadi rata mendatar (flat) ataupun condong sedikit. Kemudian, ada pula bangku yang condong ke bawah. Anda boleh gunakan perbezaan darjah ini untuk menstimulasikan bahagian otot dada yang berbeza-beza.

Flat

Apabila anda melakukan bench press secara mendatar, anda menstimulasikan seluruh otot dada secara umum. Ini adalah variasi yang paling asas untuk dilakukan di gym.

Incline

Apabila anda condongkan sedikit bangku tersebut ke atas, ia menjadi variasi incline. Variasi ini melebihkan stimulasi pada bahagian otot dada atas (berdekatan tulang selangka).

Decline

Terbalikkan kecondongan bangku tadi, maka anda dapat variasi decline di mana variasi ini melebihkan bahagian otot dada bawah dan tengah (sekitar sternum).

Kalau nak kira dari kesusahan, incline ialah variasi yang paling sukar antara semua dan decline pula yang paling mudah. Kalau anda boleh bench press 100kg incline, decline mungkin boleh lebih.

Lakukan kesemua variasi dan beri penekanan pada variasi yang anda rasa anda kurang untuk bahagian dada tersebut.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)