Banyakan betul Supplement kat pasaran dan pasti ramai tak tahu detail Fungsi Supplement tersebut. Jangan salah beli pastiakan beli mengikut keperluan anda . Admin share 10 jenis supplement yang famous dijual dipasaran.

1. Whey Protein: Merupakan salah satu sumber protein utama dalam Pembuatan protein. Whey mengandungi rendah gula dan tinggi protein. Ada 4 jenis whey terdiri dari Hydrolyzed, Whey Isolate, Whey Blend, Cassein. Kesemua whey fungsi dia sama sahaja tetapi kecekapan berbeza. Whey fungsi adalah untuk membina otot , Membentuk otot baru dan pembaik pulih tisu rosak.

2. Mass Gainer: Mass Gainer juga antara protein yang famous diambil. Mass Gainer terdiri dari 2 jenis iaitu Lean Gainer dan Weight Gainer. Lean gainer peratusan otot lebih tinggi berbanding Weight gainer tetapi untuk penambahan berat badan Weight Gainer sesuai. Mass Gainer juga mengandungi Whey protein didalam tetapu di tambah dengan carbo, gula, Fat yang tinggi bagi meningkatkan jumlah kalori didalam.

3. Creatine: Creatine merupakan salah satu supplement yang penting bagi pembentukkan dan Prmbesaran otot. Tetapi Creatine lebih di war-war kan kepada tenaga kerana Creatine dapat menjana Tenaga dalam bentuk ATP didalam sel otot. Tenaga ATP tersebut di gunakan ketikan badan anda kehabisan tenaga ketika workout. Juga menmabah strenght anda.

4. BCAA : Bcaa merupakan asid Amino terdiri dari Leucine, Valine Isolucine. 3 Amino ini sangat penting dalam mengikat Sel otot dari tak mudah terkoyak dan otot kekal segar sukar mengecut.

5. Amino : Amino terdiri dari 12 jenis Amino didalam termasuk Amino BCAA ( Valine, Isolucine, Leucine ). Kesemua 12 amino ada fungsi sama iaitu menguatkan jaringan sel otot, mengalelakkan otot mudah kecut, Memgurangkan sakit otot dan sendi.

6. Glutamine : Glutamine merupakan Amino essential yang digunakan dalam pembutan protein. Glutamine di simpan dalam Paru-paru dan otot. Glutamine berfungsi dalam mengangkut nitrogen kedalam otot, mengoptimakan sintesis protein, Mempercepatkan recovery, menguatkan sendi , Menambah siatem ketahanan tubuh badan.

7. Fat Burner : Fat burner merupakan supplement pembakr lemak yang agak popular digunakan tidak kira aktif gym atau apa-apa aktiviti sukan. Fat burner terdiri dari stimulation dan non stimulation. Fungsi utama adalah pasti untuk membakar lemak, Menambah tenaga, meransang pengeluaran hormone, Meningkatkan stamina dan menguatkan jantung. Awas bagi yang ada sakit jantung , darah tinggi, kencing manis tidak digalakkan guna Fat Burner.

8. L-Carnitine : Ini merupakan pembakar lemak juga yang agak popular tetapi lebih efektif dan seamat digunakan. Anda akan terasa peluh menitis ketika anda exercise semasa guna L-Carnitine. Lemak-lemak anda akan ditukar menjadi tenaga dan tenaga tersebut digunakan semasa anda exercise.

9. Pre-Workout : Untuk yang kerap letih dan lemah ketika workout pre workout merupakan supplement yang sesuai anda gunakan. Fungsi Pre workout untuk menjana tenaga, Meningkatkan stamina, Pengaliran darah lancar, Meningkatkan strenght. Sama seperti fat burner tidak digalakkan jika anda ada kencing manis, darah tinggi, jantung atau sedang menyusu.

10. Multivitamin: ini merupakan Sumber vitamin anda. Mungkin anda bukan jenis suka makan buah buahan dan sayur sayuran jdi anda perlu ambil Multivitamin. Ini kerana Vitamin sangat diperlukan dalam menguatkan sistem ketahanan tubuh, Sistem kardivasular, pengaliran darah lamcar dan sistem pemprosesan protein dalam tubuh anda.