Jika Nak Besar Kurangkan Kardio !

Jika focus anda nak buat size atau nak besarkan otot anda kene kurangkan latihan kardio. Terlalu banyak kardio akan meletihkan tubuh badan anda dan kekuatan anda juga makin Berkurangan akibat badan terlalu letih.

Anda nak cari size otot dan kekuatan anda memerlukan jumlah tenaga yang tinggi. Badan anda juga perlu sentiasa segar dan tidak terlalu penat. Cukup seminggu 2 hari kardio paling maksimum 30minit sudah cukup.

Latihan HIT dan Kardio ringan boleh diserapkan dalam program anda. 30minit sudah cukup untuk anda melakukan HIT dan kardio yang ringan. Selebihnya tumpukan pada latihan beban sekurangnya 5 kali seminggu. Sentiasa cuba tingkatkan kekuatan supaya otot anda tidak mati pada satu tahap ( plateu ).

Kardio yang keterlaluan juga membuatkan  badan anda kekurangan kalori. Anda pun tahu nak bina otot memerlukan jumlah kalori yang tidak tapi tak bermakna anda perlu makan berlebihan makanan tinggi kalori tanpa ikut zat makanan yang betul. Dalam kekurangan kalori, badan anda akan cuba menjaga lemak anda dan cuba membakar otot sebagai sumber tenaga. Badan anda akan nampak makin mengecut akibat dari penyusutan size otot.

Tips ini sesuai bagi yang terlalu kurus dan sukar untuk tambah berat badan dan besarkan otot. Jika anda seorang yang overweight lain pula caranya.

Sentiasa Follow Group Telegram Kami Supaya Anda Tidak Akan Terlepas Info Terkini Dari Kami : https://t.me/DeeGymSupplement

Komen Facebook