Semua orang nak bakar lemak dengan cepat. Kalau dah nak cepat, mestilah kena berusaha. Tetapi, ramai berasa keliru samada hendak berjogging ataupun main gym kalau nak bakar lemak.

 

Biasanya, kalau kata sahaja nak kurus, orang akan suruh berjogging. Kenapa? Dah itulah kebiasaan kita. Kenapa anda tak main gym kalau nak kurus? Sebab risau badan menjadi berketul-ketul sangat, ataupun rasa main gym lambat kesannya.

 

Angkat besi dan berjogging adalah dua latihan berbeza. Yang di gym ialah latihan anarobik, dan berjogging pula ialah latihan aerobik. Secara amnya, latihan aerobik akan bakar lebih banyak kalori semasa bersenam, tetapi latihan anarobik membakar jauh lebih banyak kalori secara keseluruhan termasuk di masa luar latihan. Maksudnya, anda bakar banyak kalori semasa bersenam sahaja untuk latihan aerobik, tetapi anda boleh bakar lebih banyak kalori dengan latihan anarobik meskipun anda sudah habis latihan dan berehat di rumah.

 

Kenala begini? Pernah dengar tak “afterburn effect”? Badan kita berada dalam satu sistem “overdrive” selepas latihan anarobik untuk proses menggantikan semula glikogen-glikogen yang hilang dan membaikpulih sel-sel yang mengalami kerosakan mikro. Dengan kata lain, badan masih perlu berkerja lebih selepas latihan untuk mengimbangi kesan latihan tersebut.

 

Kemudian, otot dalam badan kita sebenarnya dikira sebagai “bebanan” untuk badan kita. Anggapkan begini, apabila anda menambah bahagian-bahagian enjin perlumbaan kepada kereta anda, prestasi dia akan meningkat tetapi begitu juga dengan konsumsi minyak. Badan kita begitu juga, apabila otot bertambah, maka konsumsi kalori sebagai tenaga juga meningkat. Tak faham? Lagi banyak otot anda bina, lagi banyak kalori anda akan bakar.

 

Jadi, cara terbaik untuk membakar lemak adalah dengan membina otot. Sebabnya, anda akan lebih cenderung untuk kurus lebih lama dan bukannya bermusim.

 

Kalau nak lebih cantik, cuba guna Mega Rasp daripada Superior14 untuk mendapat kesan maksimum pembakaran lemak!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)