Jogging Bukan Cara Terbaik Untuk Kekal Kurus

Ya, Admin nak katakan, jogging bukanlah cara terbaik untuk kekal kurus dan rendah lemak. Pahamkan, bukan cara terbaik bukan bermaksud tak patut buat. Jogging masih mendatangkan hasil, tetapi kalau ada cara yang lebih baik, kenapa tak lakukannya?

Jadi, apakah cara yang lebih baik itu? Ia ialah apa-apa sahaja latihan yang memberi fokus pada kenaikan otot. Pahamkan lagi, naik otot tidak bermaksud masuk sukan bina badan. Kita semua ada otot dan kita perlu menguatkannya.

Membina otot tidaklah bermaksud membina sehingga menjadi seperti ahli bina badan yang berketak-ketak. Tidak sama sekali. Mereka yang mempunyai badan luar biasa sellaunya menggunakan bahan-bahan tertentu. Sebagai individu biasa, kita fokus untuk bina otot bagi kesihatan kita.

Apabila badan kita membina otot dengan baik dan kuat, maka metabolisme badan akan meningkat. Metabolisme ialah aktiviti yang berjalan dalam badan kita. Semakin tinggi aktiviti, maka tinggi jugalah pembakaran kalori.

Kalori bukan sahaja terbakar semasa bersenam, ia terbakar sepanjang masa. Cuma, kadar pembakarannya sahaja berbeza. Mereka yang berotot akan bakar jauh lebih banyak kalori berbanding individu biasa meskipun dua-dua bukan sedang bersenam. Lagi, jogging memang bakar banyak kalori tetapi ia semasa bersenam sahaja. Angkat bebanan membakar semasa dan selepas senaman. Bagus, bukan?

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook