APA NAK MAKAN KALAU DAH START MAIN GYM ?

Nak Workout memang mudah tapi bab jaga makan tu masalah kebanyakan orang. Badan yang sihat datangnya daripada pemakanan baik bukan 100% pada workout . Pembentukkan Otot memerlukan nutirisi yang cukup. Setiap makanan yang dimakan mengandungi zat-zat tertentu, antaranya mineral, protein, vitamin, kolestrol, kabohidrat, dan bahan-bahan lain. Dalam bina badan kandungan zat dalam makanan amat di titik beratkan ini adalah kerana tahap perkembangan otot bergantung kepada jumlah zat yang diambil.

PROTEIN

Protein adalah komposisi yang terbesar di dalam tubuh kita. Sel-sel tubuh yang membina otot-otot, enzim-enzim, hormon, anti-bodi dan sebagainya terdiri dari protein. Protein memainkan peranan untuk membina dan membaik-pulih otot-otot badan. Oleh itu tidak dinafikan lagi proteinlah yang menjadi asas bahan untuk pembinaan otot. Protein banyak didapati dalam makanan laut, ikan, sotong, putih telur dan sebagainya. Pengambilan protein berlebihan tidak memberi kesan sampingan keatas kesihatan.
*Seeloknya selepas 20 minit selesai melakukan latihan dapatkan bekalan protein yang secukupnya bagi menampung proses recovery tisu yang telah rosak semasa latihan.

KARBOHIDRAT

Karbohidrat adalah sumber tenaga terpenting dan utama dalam tubuh kita. Pemakan selepas kita menjalani latihan mempengaruhi 50% perubahan pada kita iaitu dalam waktu rehat kita. Sebelum menjalani latihan, adalah digalakkan kita mengambil karbohidrat dan protein terlebih dahulu iaitu sekitar 30 minit sebelum latihan atau 30 minit selepas latihan.
*Kekurang karbohidrat akan menyebabkan badan kita terpaksa menghurai/menggunakan protein dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga. Akibatnya latihan yang kita lakukan tidak menambah saiz otot bahkan mengurangkannya lagi.

LEMAK

Lemak juga sumber tenaga. Kapasiti tenaga yang dihasilkan adalah melebihi tenaga yang dihasilkan oleh karbohidrat. Sekiranya lemak tidak digunakan (melalui latihan yang dilakukan) ia akan bertukar kepada sel adipos atau sel lemak. Sel-sel ini banyak terkumpul terutamanya di perut dan punggung. Oleh sebab itu peningkatan sel lemak dalam tubuh kita akan melindungi bentuk menarik otot kita kerana sel-sel ini akan muncul di antara otot dan kulit kita.

* Lemak banyak terkandung dalam makanan yang berminyak, lapisan kulit ayam, kuning telur dan sebagainya.

VITAMIN

Jangan pandang kecik pada Vitamin, nampak macam tak de fungsi untuk badan tapi banyak peranan vitamin untuk badan. Vitamin boleh di dapati Daripada sayur-sayuran, buah-buahan atau supplemenet multivitamin. Vitamin lebih kepada menjaga fungsi organ badan supaya lebih sihat, kuat untuk bantu tubuh badan bekerja. Juga berfungsi untuk jaga sistem ketahanan tubuh badan dari serangan penyakit. Dh kalau hari2 asyik sakit je bila boleh main gym bro…makan lah sayur banyak banyak k supaya badan sentiasa kuat dan sihat.

AIR

Air dikira katogeri pemakanan juga sebab tubuh badan memerlukan 70% air…biasa bagi mereka yang aktif bersukan terutama main gym memerlukan lebih air dari manusia normal. Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari atau lebih. Jika rasa dahaga tu mmg badan perlu airlah tu. Minum air kosong sebaiknya. Otot-otot badan kita terdiri daripada air juga, jika kurang air mmg nampak otot pun mengecut. Jadi lepas workout mnm banyak air supaya otot tak mengecut.

Komen Facebook