Dah nak sampai hujung tahun, tapi misi cutting tak habis-habis lagi. Sebab apa? Target pembakaran lemak belum tercapai lagi! Biasanya, ia berpunca daripada pemakanan, dan jarang sekali berkaitan senaman. Senang kata, dalam masa cutting, buat apa sahaja pun boleh bakar lemak, dengan syarat pemakanan terjaga.
Walaupun begitu, ada yang masih tak ada sebarang idea dengan senaman untuk dilakukan semasa cutting. Jadi, Admin kongsikan rutin teramat mudah dan teramat berkesan. Ada pantang larang dia, anda kena rehat bawah 60 saat antara senaman, tak boleh lebih!
Konsep HIIT
Untuk memaksimumkan pembakaran lemak, anda kena amalkan latihan HIIT dalam rutin program untuk cutting anda. Senang sahaja nak buat HIIT, pilih sahaja apa-apa senaman dan buat sampai tercungap, rehat sebentar dan ulang lagi.
Admin bagi senaman-senaman ini untuk anda buat. Letak bebanan sama dengan berat badan anda:
- Squat
- Bench press
- Deadlift
- Chin up
Untuk chip up, anda tak perlukan sebarang bebanan. Guna badan anda sendiri sahaja dan cari tempat untuk bergantung.
Jadi, untuk rutin ini, anda kena buat waktu orang tak ramai, sebab tempat dan equipment anda guna agak banyak. Squat rack, bench, dan juga satu tempat khas untuk deadlift. Tiga senaman tersebut diletakkan bebanan sama berat dengan berat badan anda.
Mulakan dengan squat dan buat 10 rep. Terus pergi ke bench press dan buat 10 rep. Sambung dengan deadlift dan buat 10 rep. Habiskan dengan seberapa banyak rep anda boleh buat untuk chin up. Rehat 60 saat dan ulang semula tetapi sekarang daripada 10 rep, anda hanya buat 9 rep. Habis lagi satu kitaran, rehat dan buat pula 8 rep untuk semua senaman, kemudian 7, turun kepada 6, pergi kepada 5, sampailah 1.
Cukup, sekarang kutip balik semangat-semangat anda yang hilang bertebaran dalam gym sebab keletihan yang teramat sangat dan anda dah bersedia untuk pulang ke rumah!
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)