Anda pernah dengar tentang whey isolate? Apa whey isolate? Kenapa whey isolate? Apa kebaikannya? Mari saya kongsikan dalam artikel ini.
Apa itu whey protein isolate?
Whey isolate adalah suatu supplemen bagi tujuan diet yang diasingkan daripada komponen susu. Ia diambil dari proses membuat keju sehingga menjadi suatu protein yang lengkap dan asli. Ia sama sahaja dengan whey protein cuma ia mengasingkan protein dari lemak, laktosa, dan kolesterol sehingga terbentuk proteinnya yang tersendiri kerana itu namanya ‘isolate’. Ia memang membantu dalam mencukupkan keperluan protein di samping membesarkan otot dan membaik pulih otot selepas workout. Jadi apa pula kebaikannya?
1. Membantu mengurangkan berat badan.
Memandangkan ia tinggi dengan protein dan rendah kalori serta lemak, ia membantu mengurangkan berat dan mnenjadikan perut anda lebih kenyang dengan satu scoop. Ia juga meningikan metabolisma badan yang membuatkan ia mampu membakar banyak kalori dalam sehari.
2. Sesuai untuk yang ada alergik susu
Memandangkan whey protein isolate ini tidak ada kandungan casein dan hampir tiada laktosa, maka ia sesuai kepada individu yang mempunyai alergik kepada produk bersusu.
3. Mencukupkan keperluan amino asid
Supplemen jenis ini sangat tinggi kandungan proteinnya dan keperluan amini acid bagi membaiki tisu yang koyak selepas workout dan membantu membesarkan saiz otot. Anda perlu tahu bahawa amino asid ini tidak dihasilkan dari badan sebaliknya perlu dicari pada makanan dan supplemen.
Kegagalan mencukupkan amino asid dalam diet mengakibatkan anda boleh kehilangan otot dan mempunyai masalah dalam membaik pulih otot.
4. Mudah dihadam
Whey Protein Isolate sangat mudah dihadam oleh badan anda menjadikan ianya mudah meresap ke dalam untuk diproses. Hal ini kerana kebanyakan whey ini diambil dalam bentuk cecair.
Entri Oleh: Fakhrul Islam