Kedudukan Kaki Semasa Bench Press

Okay, Admin nak share lagi tip pasal bench press lagi. Kali ini, tentang kedudukan kaki. Macam mana anda nak pastikan power anda ada semasa bench press? Pernah tengok ada yang bench press kaki dekat atas kerusi, ada yang jejak tanah habis, ada yang jejak hujung-hujung jari sahaja. Yang mana betul?

 

Kaki Atas Kerusi

Poor-Bench-Press-Technique

Variasi ini bukanlah untuk kekuatan tetapi untuk kurangkan tekanan pada tulang di bahagian pinggang. Sebabnya, apabila kaki berada di atas, maka lengkungan belakang akan berkurang. Adakah ini cara yang terbaik? Tidak semestinya, walaupun ia memang agak mencabar sebab keseimbangan anda terganggu, jadi intensiti latihan meningkat.

 

Kaki Di Bawah

Bench-Press-Foot-Positions

Ada beberapa posisi yang selalu orang guna semasa bench press. Boleh tengok dalam gambar, belah kirimenunjukkan jejak hujung-hujung jari sahaja, manakala yang kanan, kaki di bawa ke belakang lagi dan memijak penuh. Semestinya, yang kanan akan menyebabkan badan anda lebih melengkung, tetapi adakah ini berbahaya kepada anda? Tidak juga, malah posisi ini akan membuatkan anda lebih kuat berbanding pijak hujung-hujung ataupun kaki diletakkan ke atas. Lagi, memijak penuh akan bantu untuk kuatkan belakang, sekali gus menjaga sendi bahu.

leg-drive-on-bench-press-transfer-of-force

Selepas ini, tengok macam mana posisi bench press anda dan ubah mengikut kesesuaian. Yang terbaik adalah memijak penuh meskipun nampak melengkung. Cuma, jangan melengkung secara extreme sahaja.

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

Komen Facebook