Supplement creatine ialah supplement yang sangat popular dalam dunia bina badan. Ramai orang mengambilnya apabila mereka hendak bulking. Patutkah anda menggunakannya juga?

 

Boleh guna, tak ada masalah tetapi adalah lebih baik kalau anda ketahui fungsinya dahulu. Creatine merupakan supplement yang sangat ekonomi. Harganya yang sangat murah untuk sebotol dan kegunaannya yang sangat menjimatkan adalah faktor yang digemari ramai apabila membeli supplement ini.

 

Fungsi utama creatine adalah untuk meningkatkan bekalan creatine dalam darah dan bekalan ini akan diproses untuk dijadikan sebagai tenaga apabila kita bersenam. Ia juga membenarkan otot untuk menyimpan lebih banyak air dan ini adalah sesuatu yang bagus untuk bina badan. Apabila otot anda penuh dengan air, maka ia lebih terhidrasi dan boleh mendapatkan nutrisi yang secukupnya. Kadar metabolisme juga meningkat apabila anda mengambil creatine dek kerana proses-proses yang berlaku untuk mendapatkan kesan-kesan yang tadi.

 

Tenaga yang lebih dan juga nutrisi yang mencukupi ialah resepi kepada pembinaan otot serta pembakaran lemak yang berkesan. Ia ibarat kesan Domino di mana anda dapatkan satu kesan, maka kesan-kesan yang lain akan mendatang secara berterusan. Daripada 1 supplement mudah dan murah ini sahaja, anda boleh mendapatkan banyak kelebihan bina badan.

 

Admin mencadangkan anda guna creatine daripada jenama superior protein yang sangat murah dan berkesan!

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)