Selalu rasa lesu sahaja apabila tiba waktu berlatih? Baru main beberapa game dah terasa seperti hendak balik rumah? Itu maknanya anda perlukan tip-tip ini untuk kembalikan tenaga anda dan terus bertenaga untuk menghabiskan workout pada hari itu!

1- Makan 1-2 Jam Sebelum Workout

Jangan workout dengan perut kosong terlalu lama, tetapi jangan pula workout betul-betul lepas makan makanan yang berat-berat. Kalau perut kosong, badan anda tiada punca tenaga untuk berkeja. Kalau perut terlalu penuh, badan akan berikan tenaga untuk menghadam makanan, bukan untuk workout. Masa yang bagus untuk makan adalah antara 1-2 jam sebelum anda workout.

2- Minum BCAA Semasa Workout

Selalunya, orang ambil protein shake waktu workout. Kalau anda minum protein dan terasa letih, anda bukan keseorangan sebab ramai berasa benda yang sama. Protein agak berat diambil ketika workout sebab strukturnya (susu) yang boleh buat ramai muak ketika workout. Pengganti terbaik dan dijamin berkesan adalah mengambil BCAA sebelum serta semasa workout. Anda boleh minum protein selepas workout habis nanti.

3- Kurangkan Rest Antara Set

Bunyi pelik, tapi benar. Kalau anda rest lama sangat antara set dan game yang anda buat, anda akan cepat lemau. Nak sentiasa rasa bertenaga, amalakan set-set yang berterusan seperti superset, giant set, dropset, dan lain-lain. Jangan bagi badan anda masa untuk berlengah-lengah. Kalau anda sentiasa bergerak, badan anda akan sentiasa berkerja dan ini boleh mengelakkan mengantuk. Masa workout pun jadi singkat!