Ramadhan adalah bulan yang sanagt mulia dalam tahun Islam. Banyak peristiwa bersejarah berlaku dalam bulan ini. Kajian juga mendapati yang ibadah puasa mendatangkan banyak manfaat bagi mereka yang mengamalkannya, tak kira manfaat secara fizikal atau spiritual.
Dalam kita berpuasa, kita tak boleh tolak beberapa kemungkinan yang boleh berlaku seperti sakit kepala (kerana kurang makan), dehidrasi (tidak minum), badan yang lemah (bagi yang tak biasa lagi dengan puasa), dan lain-lain. Ia bukanlah kesan sampingan mandatori, hanya bagi siapa yang tidak biasa lagi sahaja akan rasa begini.
Meskipun begitu, kita semua boleh cuba amalkan beberapa tips ini untuk pastikan yang badan kita sentiasa sihat dan bertenaga untuk terus berfungsi seperti biasa dalam bulan Ramadhan ini:
Jangan Tinggal Sahur
Inilah bahagian yang paling penting untuk pastikan yang kita mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk tempuhi hari tersebut. Ramai yang malas untuk bangun sahur sebab nak kena bangun awal dan sediakan makanan. Jangan bermalas-malas, tuan-tuan dan puan-puan. Bersahur amat dituntut oleh agama semasa berpuasa.
Jangan Terlebih Makan Berbuka
Nafsu makan akan membuak-buak betul-betul sebelum berbuka sebab masa itu kita akan berasa paling lapar, lagi-lagi apabila makanan ada di depan mata. Masa inilah yang ramai orang tertewas di mana mereka makan melebihi kapasiti mereka. Mulalah selepas itu rasa mengantuk dan lemah untuk beribadah.
Elakkan Makanan Tinggi Garam
Makanan yang tinggi dengan kandungan garam akan membuatkan anda cepat dahaga. Makanan sebegini tidak sesuai untuk kita amalkan dalam kuantiti yang banyak semasa bersahur kerana pasti ia akan mengganggu kelancaran puasa anda nanti. Begitu juga dengan makanan tinggi lemak, akan buat akan lemah untuk berkerja.