Kekurangan Tidur Boleh Menyebabkan Otot Mengecil

4 benda pertama (mengikut turutan) untuk membina otot dan perlu dipatuhi ialah;

1- Pemakanan

2- Latihan

3- Tidur

4- Supplements

Tidur adalah penting untuk membina otot, dan kalau anda tak dapatkan tidur yang cukup, anda tak berikan peluang kepada badan anda untuk membesar. Anda kena ingat yang anda tak membesar semasa di dalam gym, tetapi sebenarnya semada anda berehat.

Kenapa? Waktu anda tidur adalah waktu badan anda mrmperbaiki sel-sel yang telah rosak semasa anda workout. Kalau sel otot anda tak rosak dan mengalami koyakan mikro, amda tak workout dengan betul. Apabila badan anda baiki koyakan mikro ini, ia akan jadi lebih besar dan lebih kuat.

Tidur yang cukup juga penting dalam pembakaran lemak. Kalau anda diet macam mana sekali pun tetapi tak dapatkan rehat yang cukup, berkemungkinan besar anda hanya akan hilanh jisim otot dan bukan berat lemak.

Ada satu kajian yang mendapati kumpulan yang tidur 8.5 jam sehari berjaya bakar lemak lebih banyak daripada yang tidur 5 jam sahaja. Komposisi otot mereka juga berlainan di mana yang tidur 5 jam telah mengalami pengurangan jisim otot sebanyak 60% meskipun kedua-dua kumpulan memakan sejumlah kalori yang sama harian.

Lihat bagaimana bayi membesar. Mereka makan dan tidur, tapi bukanlah saya suruh anda makan dan tidur sahaja. Kita ada kerja, kita ada tanggungjawab. Anda cuma perlu utamakan tidur yang cukup. Ketepikan lepak-lepak lewat malam, tutup telefon bimbit sebelum tidur, dan jangan ambil preworkout apabila dekat masa tidur (memang susah tidur).

Entri: Aiman Radzi

#DeeGymSupplement

@DeeGymSupplement

Komen Facebook