Kelebaran Grip Semasa Pull Up

Semalam, Admin mendapat soalan berkaitan kelebaran grip untuk senaman pull up. Mereka bertanya yang mana lebih baik, buka besar atau kecil sahaja. Bagi yang tidak tahu, pull up sama sahaja dengan senaman pull down.

Senaman ini mensasarkan otot back. Selain daripada itu, ia juga mengenakan otot biceps dan shoulder. Apabila anda mengubah kelebaran genggaman, maka nisbah penggunaan otot-otot ini akan berubah.

Amnya, semakin lebar genggaman anda, semakin fokus senaman tersebut pada otot back. Semakin kecil, maka otot biceps akan betkerja lebih. Oleh itu, anda boleh lakukan yang mana sahaja mengikut kesesuaian diri.

Kalau anda nak fokus pada back, maka bukalah lebih lebar. Jika anda genggam lebar, ia tidak sekuat bukaan kecil. Anda akan dapati yang semakin lebar anda pegang, semakin susah senaman tersebut. Oleh itu, anda tak perlu guna bebanan terlalu berat dengan grip yang lebar.

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook