Okay, tak ada rahsia yang tersorok dalam misi mengempiskan perut buncit. Caranya sama iaitu anda kena pastikan kalori anda tidak berlebihan. Inilah asas kepada pembakaran lemak.

Itu memang bukan rahsia lagi, semua orang dah tahu yang kalau anda nak kurus anda kena diet. Tapi dia dalam asas tidak berahsia, ada perjalanan simpang yang anda tidak tahu.

Memanglah anda kena jaga kuantiti kalori, tetapi jika anda isikan kalori anda dengan makro nutrisi yang betul, anda boleh bakar lemak dengan lebih berkesan dan cepat.

Ada kajian yang mengkaji kesan kepada makanan protein yang tinggi tetapi masih berada dalam kuantiti kalori yang terhad. 2 kumpulan berbeza dengan kuantiti kalori yang sama, cuma satu kumpulan melebihkan posi kalorinya pada protein.

Meskipun kedua-dua kumpulan mengambil kalori yang sama dan mengalami penurunan berat badan, kumpulan yang mengambil protein lebih tinggi mendapat kesan yang lebih baik. Mereka menjadi lebih lean dan jisim otot mereka juga meningkat.

Protein datang daripada pelbagai sumber. Ia datang daripada solid food dan juga supplement. Jika anda berasa susah untuk dapatkan protein tinggi daripada pemakanan biasa, apa kata anda gunakan supplement seperti quatro protein daripada Superior14!

Nak makan 5-6 kali sehari kadang-kadang memang susah, jadi sebab itulah anda kena gunakan supplement untuk memudahkan penyediaan makanan anda. Supplement menjadikan perjalanan anda lebih senang terurus tetapi supplement bukanlah ubat ajaib.

Entri: Aiman Radzi