Kemuncakkan Testosteron Anda Dengan Tips Ini

Siapa tak kenal dengan nama testosteron? Kalau anda tak biasa dengar lagi nama ini, anda belum mahirkan lagi asas-asas dalam bina badan. Tak mengapa, sebab itulah anda baca entri-entri ini!

Testosteron adalah hormon yang penting untuk membina badan. Kalau anda tak cukup hormon ini, bukan sekadar bina badan menjadi susah, malah kerja harian turut terjejas. Badan anda menjadi lemah, anda rasa tidak bermaya, keyakinan diri berkurang, dan macam-macam lagi!

Testosteron dapat ditingkatkan melalui senaman, pemakanan, dan supplement.Selain daripada mengambil supplemen seperti Stanabol-X dan Testo Tribulus, apa lagi yang anda boleh buat untuk naikkan tahap testosteron anda?

MAGNESIUM ADALAH JAWAPANNYA

Magnesium adalah sejenis mineral yang sangat berkait rapat dengan rembesan hormon testosteron. Ramai antara kita yang kekurangan mineral magnesium, menjadikan badan kita kurang dengan rembesan hormo tersebut.

Individu yang tersangat aktif akan banyak berpeluh, dan mineral ini akan keluar sekali dengan mandian peluh tersebut. Apa akan jadi kalau magnesium tak cukup?

  1. Otot susah nak hilang sakit selepas workout.
  2. Muscle cramp.
  3. Kadar pemulihan yang tidak baik.
  4. Prestasi latihan merosot.

MANA NAK DAPAT MAGNESIUM?

Satunya, anda boleh ambil supplemen yang membekalkan mineral ini. Itu adalah cara yang paling mudah. Jika tidak, cuba lebihkan makanan-makanan tinggi magnesium seperti:

  1. Sayuran hijau
  2. Rumpai laut
  3. Bayam
  4. Kekacang
  5. Alpukat
  6. Pisang

Tetapi, untuk dapatkan bekalan magnesium yang cukup melalui makanan sahaja adalah sangat susah, memandangkan faktor yang banyak seperti cara tanaman dan lain-lain. Anda digalakkan untuk dapatkan sahaja supplemen magnesium untuk diambil setiap hari. Mudah pun mudah!

Komen Facebook