Kenali 5 Peralatan Gym Utama Untuk Dada Anda

Artikel kali ini akan memberikan anda mengenali peralatan-peralatan khas di gym bagi tujuan membina otot dada. ini kerana tidak semua terutamanya kepada beginner yang mengenali fungsi-fungsi mesin di gym. Jadi 5 peralatan utama ini untuk panduan anda yang membaca:

Pec-Deck

Peck-Deck adalah senaman yang seakan bench press kesannya iaitu mengenakan otot pectoralis major. Senaman ini tidak perlu anda lakukan dengan bebanan berta kerana ia lebih melatih pergerakan dada dengan lebiih berkesan. Anda hanya perlu memfokuskan pergerakan otot anda sehingga betul-betul tidak mampu. Senaman ini anda boleh jadikan sebagai senaman isolation di akhir rutin.

Bench Press

Ini adalah senaman asas untuk dikuasai oleh semua individu di gym. Ini kerana ia adalah senaman utama bagi membina otot anda dan paling utama. Ini kerana anda menggunakan beban yang berta atau ringan untuk menangkat menyebabkan otot dada anda berkerja dengan keras. Lakukan senaman ini di awal latihan dengan program seperti 5sets 5 reps atau program 8-2 reps pada 4 sets.

Incline Bench Press

Bagi anda yang ingin membentuk bahagian atas dada yang menarik anda harus lakukan senaman ni. Anda harus tahu bahawa otot di bahagian atas dada adalah otot yang paling sukar dibentuk. Jadi ini adalah senaman terbaik.

Decline Bench Press

Senaman ini tidak menjadi pilihan ramai kerana ramai yang memilih bench press sahaja, namun senaman ini mampu memberikan kebaikan yang besar pada dada. Terbukti senaman ini lebih mengenakan bahagian pectoral dengan ebih baik berbanding bench press. Tetapi anda perlukan sokongan dari rakan untuk melakukan senaman ini kerana posisinya yangsedikit perlukan perhatian.

Hammer Strength Press

Senaman ini menggunakan mesin yang mengenakan deltoid, triceps dan semestinya otot dada anda. Senaman ini juga adalah senaman yang sesuai untuk anda jadikan senaman isolation bagi dada anda. Jika anda ingin kesan yang terbaik lakukan sebanyak 100 reps pada akhir rutin anda. Namun jika tidak mampu, lakukan sehingga anda rasa gagal untuk menolak.

Entri Oleh: Fakhrul Islam

Komen Facebook