Badan manusia umpama mesin yang amat mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran atau stimulus yang dikenakan. Walaupun bertahun-tahun kita biarkan badan kita diisi dengan lemak (daripada pemakanan yang tidak baik), peluang untuk membakar semula lemak-lemak masih ada jika anda berusaha dan tahu caranya!
Formula untuk bakar lemak yang tidak berubah sejak dulu lagi adalah “kalori masuk tolak kalori keluar”. Ini adalah berdasarkan kadar metabolik dan usaha senaman.
Pembakaran lemak dapat dimaksimakandengan mengawal apa yang anda makan, gaya hidup anda, dan cara anda bersenam. Semua ini membantu meningkatkan metabolisme badan untuk menggalakkan pembakaran lemak. Begini caranya:
1- Bina lebih banyak otot: Lebih banyak otot anda ada, lebih banyak kalori anda akan bakar walaupun anda sedang berehat daripada sebarang aktiviti fizikal.
2- Jangan terlebih latihan kardio: Kardio yang berlebihan meningkatkan tahap estrogen yang boleh menyebabkan penghalangan terhadap proses pembarakan lemak.
3- Banyakkan HIIT: High-intensity Interval Training ialah latihan yang seumpamalubuk emas untuk membakar lemak!
4- Ubah gaya pemakanan: Kurangkan pengambilan gula dan kanji serta tingkatkan pemakanan tinggi protein.
5- Makan kerap bukan banyak: Pecahan makanan kepada 6 kali sehari akan kawal insulin anda untuk membantu dalam mengoptimakan pembakaran lemak.