Dongeng yang selalunya mengatakan jika ingin kurus anda perlu jauhkan lemak 100% perlulah diabaikan fakta ini. Anda harus tahu bahawa lemak juga membantu dalam proses penurunan berat badan anda. Lihat sahaja pada piramid makanan di mana lemak juga wujud sebagai pelengkap kepada makanan seimbang yang lain.

Sebelum itu anda perlu mengenali jenis-jenis lemak:

1. Saturated (tepu)
– minyak kelapa sawit, minyak kelapa, lemak haiwan,butter, telur kuning.

2. Monounsaturated
-minyak zaitun, avocado, peanut butter, telur, dan juga pelbagai kekacang.

3. Poly-unsaturated
– minyak ikan, walnut, sardin, salmon

Kesemua lemak-lemak ini amat diperlukan di dalam badan anda tetapi dengan kuantiti yang ideal.

Sesetengah lemak ini lebih berkesan penggunaanya untuk mengurangkan berat badan anda berbanding yang lain. Contohnya, jika diet anda tinggi dengan mono dan poly fat, seperti avocado, salmon dan sebagainya, maka ia akan membantu untuk menstabilkan tekanan darah anda sekaligus boleh mengawal diri dari penyakit seperti kencing manis. Tidak tertinggal lemak jenis ini membantu mengawal selera makan anda juga. Jadi, ia amat penting untuk mencapai matlamat penurunan berat anda.

Bagi lemak saturated (tepu), ianya membantu badan untuk mengawal hormon dan sistem imun badan anda. Selain itu, sesetengah lemak tepu juga membantu dalam proses penurunan berat badan anda seperti telur kuning dan butter kerana mempunyai vitamin seperti A,D,E,K.

Walaupun begitu, lemak jenis ini sangat berbahaya kepada badan anda jika diambil dalam kuantiti yang banyak kerana ia akan membantutkan cita-cita anda untuk menurunkan berat. Cukuplah ia diambil pada kadar 10% peratus sahaja sebagai pelengkap.

Penting untuk anda ingat bahawa trans-fat adalah perlu dijauhkan langsung jika anda mahukan matlamat anda ini berjaya. Lemak trans seperti makanan yang diproses adalah lemak yang tidak sihat bagi tubuh badan.

Secara kesimpulan, anda perlu mengambil lemak dalam purata 20-30% dari jumlah kalori anda. Jika melbih peratusan tersebut dibimbangi anda akan gula dalam darah akan menjadi tinggi yang akan menjadikan berat badan anda akan bertambah.

Entri oleh : Fakhrul Islam