Kenapa Anda Kena Cukupkan Vitamin C Untuk Bina Badan?

Setiap orang perlukan vitamin C dalam kehidupan seharian tidak kira sama ada anda dalam bidang bina badan atau tidak. Untuk makluman anda, vitamin C merupakan salah satu ejen untuk melawan penyakit, selesema dan jangkitan. Vitamin C juga digunakan oleh tubuh badan untuk membaikpulih seperti menghindari kanser, merawat luka dan banyak lagi.

Dalam konteks bina badan, sama ada anda hendak menghilangkan lemak atau membina otot, atau kehidupan yang aktif, anda perlukan vitamin C yang banyak! Vitamin C juga membantu untuk membaikpulih tisu dan juga otot kita. Jom belajar bagaimana hendak dapatkan vitamin C yang cukup untuk mencapai target/goal anda!

Vitamin C, juga dikenali sebagai ascorbic acid atau L-ascorbate, adalah vitamin yang penting kepada tubuh badan kita. Kalau kita demam, semestinya kita mencari vitamin C sebagai ubat; jenis yang larut mahupun tablet. Ia juga merupakan anti-oksida yang merupakan nutrien yang mengurangkan kerosakan pada tubuh badan disebabkan oleh toksik kimia dan pencemaran seperti asap rokok.

Untuk makluman semua, vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Jadi, kita hendaklah membekalkan tubuh badan kita dengan vitamin C. Di manakah kita boleh dapatkan vitamin C? Saya bagi satu contoh. Buah beri blackcurrant merupakan satu sumber terkaya dengan vitamin C meskipun saiznya kecil.

Jadi, anda bolehlah mencari buah beri blackcurrant di pasaraya berdekatan dan memakannya setiap hari. Kalau anda berasa malas untuk memakan buah tersebut, anda boleh juga mencarinya dalam bentuk cecair. Contoh yang mudah, ribena. Meskipun ribena merupakan air cordial yang tinggi dengan gula, tetapi manfaatnya ada di situ. Minum lah dengan kadar yang sederhana kerana anda hanya mahukan manfaatnya, bukan kesedapan semata-mata!

Anda juga boleh mendapatkan vitamin C dalam bentuk tablet, dan anda boleh mencarinya di farmasi ataupun kedai suplemen. Kalau anda seorang yang sukakan belian secara online, anda boleh mencarinya di website-website kerana ianya banyak dijual.

Bagaimana cara nak makan vitamin C? Jika anda adalah lelaki berumur 19 tahun dan ke atas, tubuh badan anda memerlukan 90mg vitamin C sehari. Manakala untuk perempuan yang berumur 19 tahun ke atas pula, anda memerlukan 75mg vitamin C sehari. Ini adalah untuk individu yang bukan atlet. Jika anda adalah atlet bina badan, anda memerlukan 500mg sehingga 3000mg sehari, bergantung kepada tubuh badan anda.

Satu nasihat untuk anda. Meskipun anda memerlukan vitamin C yang banyak, tapi jangan pula sampai overdose ya! Apa-apa benda yang baik jika terlebih pun akan mengundang keburukan. Jangan ambil lebih daripada 1000mg vitamin C dalam satu masa.

Entri: Amnan Zaki (@zackfitness.my)

Komen Facebook