Selalu kan orang cakap yang waktu cutting kena main ringan tapi banyak rep.  Kenapa orang kata begini? Ada yang cakap, untuk bentukkan (atau shaping) muscle kita. Ada yang kata bakar lagi banyak lemak.

 

Ini adalah fahaman lama dan telah dinafikan melalui kajian saintifik. Berlatih dengan bebanan ringan tidak mendatangkan kesan optimum bagi fasa cutting. Bukannya tak bakar lemak langsung, tapi bukan yang optimum.

 

Semasa cutting, anda nak bakar lemak sebanyak boleh dan jaga jisim otot yang anda bina semasa bulking. Malangnya, badan kita tak suka simpan otot, lagi-lagi semasa cutting. Sebab itu ramai cutting tetapi jadi bentuk sama sahaja (tak membesar sangat). Otot mereka turut terbakar semasa cutting.

 

Asas untuk menjaga jisim otot adalah memberikan badan anda rangsangan untuk menyimpan otot tersebut. Dan, ini boleh didapati melalui latihan bebanan sama berat atau lagi berat daripada fasa bulking. Otot anda membesar di bawah rangsangan intensiti. Kalau anda kurangkan intensiti tersebut, maka badan tiada sebab untuk menahan otot tersebut daripada terbakar.

 

Lagipun, main ringan akan pakai banyak tenaga (glikogen) otot. Maksudnya, otot anda akan “penat” dan tiada tenaga. Dalam fasa cutting yang memang dah kurang tenaga, situasi begini akan mendorong kepada pembakaran otot.

 

Untuk menjaga jisim otot anda semasa cutting, anda kena utamakan angkat berat, kemudian latihan berintensiti tinggi yang membina lactic acid dalam badan, barulah beralih kepada latihan aerobik dan lain-lain. Latihan berat dilakukan secara sikit rep dan banyak set untuk merangsang saiz otot anda.

 

Bagi mencantikkan proses cutting, gunakan Iso Pro Zero oleh Superior14 daripada Dee Gym Supplement sekarang!