Dah biasa dengar, ramai tak suka makan sayur walaupun dah dewasa. Memang tak disangkal lagi sayur-sayuran adalah penting untuk kita. Kenapa anda masih tak mahu makan sayur?
Sayur ada banyak jenis:
- Sayuran hijau
- Sayuran jingga
- Kekacang kering
- Sayuran kanji
Setiap jenis sayuran mempunyai profil nutrien yang berbeza-beza. Oleh itu, anda kena gabung-gabungkan kesemuanya!
Secara amnya, sayuran membantu kita untuk membina kekuatan imun yang lebih mantap. Sayur-sauran kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Ia juga membantu dalam proses penuaan, atau lebih tepat lagi, sayur-sayuran adalah anti-penuaan semula jadi. Selain daripada itu, sayur-sayur mengurangkan risiko penyakit jantung, penyakit mental, menstabilkan tekanan darah, membakar lemak, dan membantu bina otot.
Macam mana sayur-sayuran membantu bina otot, sedangkan protein yang membina otot? Sayur-sayuran mempunyai vitamin penting untuk proses pengucupan otot, pembinaan sel darah merah baru, kawalan inflamasi, dan macam-macam lagi. Senang kata, sayur-sayuran amat penting untuk recovery, dan recovery adalah kunci utama membina badan yang sado.
Cara terbaik untuk memakan sayur adalah secara mentah, tapi kalau anda tak bersetuju makan mentah (risaukan kebersihan), Admin cadangkan (dan Admin sendiri buat begini) anda stim sayur-sayuran anda. Tambahkan sedikit perisa apa-apa daripada kicap kepada lada, semuanya akan buat sayur anda rasa lagi sedap!