Gym partner adalah kawan yang workout sekali dengan anda. Dialah pemberi semangat, dialah tukang support, dan dia jugalah yang paksa kita untuk habiskan squat. Sebenarnya, bagi Admin, kalau anda workout seorang diri, takut lama-lama senang lemau. Eloklah kalau anda ajak kawan anda untuk training sekali.
Tetapi, Admin tak galakkan anda mempunyai lebih daripada 2 orang training partner. Seorang gym partner dah cukup cantik, dua orang dikira terlebih tapi itulah maksimum. Bukannya tak boleh, memang boleh tetapi kalau anda ada ramai, elok pecahkan lagi kepada kumpulan-kumpulan kecil. Sebagai contoh, kalau anda main berempat, apa kata anda pecah kepada dua-dua.
Kita nak elakkan beberapa perkara seperti bersembang, berehat dengan lama, dan macam-macam lagi. Workout yang boleh habis dalam 60 minit boleh jadi 2 jam disebabkan ramai workout partner. Terpulang pada anda, kalau rasa nak eratkan silaturrahim, boleh sahaja. Kalau nak fokus training, elok seorang dulu (maksimum dua).
Pemilihan training partner juga penting. Kalau boleh, pastikan kekuatan adalah dalam jarak yang dekat. Jangan yang jauh sangat beza sebab nanti nak kena ubah-ubah berat banyak sangat. Dan, kalau boleh, gym partner anda kena ada goal yang sama dengan anda. Kalau nak kuat, dua-dua nak kuat. Nak bulk, dua-dua kena bulk.
Sekali-sekala kalau nak workout ramai-ramai (kami panggil workout party) memang boleh, malah digalakkan. Nak lagi best, buat deadlift party lawan 6-8 orang tengok siapa deadlift paling berat. Habis semua orang akan jerit bersorak nanti!
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)