Clean diet adalah terma yang sering digunakan untuk menggambarkan pemakanan yang hampir tiada minyak, tiada gula, tiada bahan campuran, dan lain-lain. Memang makanan dietlah apabila cakap tentang clean diet.

Memang susah nak clean diet. Susahnya dari segi penyediaan makanan dan juga ekonomi (buka murah untuk makan makanan clean). Orang nak diet pula selalu disyorkan makanan mahal-mahal seperti ikan salmon, quinoa, chia seeds, dan macam-macam lagi.

Jadi, bukan semua orang mampu ikut jenis diet begini. Ada yang memaksa-maksa diri untuk ikut, mengikat perut, menghabiskan wang yang banyak, semata-mata untuk clean diet. Katanya, kalau tak ikut memang tak boleh kurus. Selalunya yang kata macam ini ialah coach-coach yang gelar diri mereka coach lepas berjaya kuruskan badan.

Soalnya, betulkah penting sampai macam itu sekali untuk clean diet kalau nak kurus? Sebenarnya, tidak. Malah, ramai lagi coach-coach yang disegani mengakui sendiri mereka pun tidak ikut clean diet. Ia adalah sesuatu yang sangat sukar. Kalau tak ikut clean diet, macam mana nak kurus? Kita ada satu lagi diet orang sebut flexible diet.

Flexible diet bermaksud anda punya pilihan makanan lebih luas. Makanan-makanan biasa anda makan masih boleh dimasukkan ke dalam rutin pemakanan kurus anda. Tak perlu risau tentang kenduri-kendara saudara-mara lagi kerana anda juga boleh bersosial dan nikmati makanan kegemaran anda tanpa perlu risau tentang kegemukan.

Anda kena faham tentang konsep asas naik turun berat badan, iaitu kemasukan dan keluar kalori. Kalau anda nak kurus, nilai kalori yang keluar haruslah lebih rendah daripada yang anda masukkan melalui pemakanan anda. Nilai kalori yang keluar tidak terhad semasa senaman sahaja. Anda duduk membaca ini juga masih membakar kalori.

Flexible diet adalah pilihan orang ramai untuk kurus mahupun bina badan. Anda tak terikat dengan makanan diet, tetapi anda masih boleh mencapai matlamat anda. Fahamkan konsep asas, anda boleh berjaya.

Jika anda mencari whey, fat burner, BCAA, dan macam-macam lagi, apa kata anda dapatkannya di Dee Gym Supplement sekarang?