Bina badan ialah sejenis sukan, dan dalam sukan sudah pasti ada risiko-risikonya. Apabila anda bersenam dengan teknik atau program yang tidak seimbang, maka badan anda akan mendapat tempias. Kita memang tidak boleh cipta satu program yang sempurna, dan senaman tidak semestinya akan memberikan anda kesan baik. Sebab itu anda perlu dapatkab khidmat fisioterapi untuk memberikan anda konsultasi.

 

Apa yang akan dilihat oleh ahli fisio terapi ialah:

1- Postur badan

2- Julat pergerakan

3- Ketegangan otot

4- Teknik senaman

5- Program latihan

 

Daripada kelima-lima komponen ini, kota dapat tahu apa yang kurang dan perlu diperbaiki. Biasanya, orang mengalami masalah untuk 3 komponen yang pertama itu.

 

Postur

Postur kita terjejas kerana gaya hidup harian kita, dari tempat kerja hingga ke cara cara kita tidur. Dengan postur yang tidak betul, ia akan menghadkan pergerakan anda.

 

Julat Pergerakan

Apabila postur anda menyekat julat pergerakan sendi, maka badan anda tidak dapat menggunakan fungsi sendi tersebut secara menyeluruh. Pernah tengok orang bermasalah untuk garu belakang? Inilah salah satu contohnya.

 

Ketegangan Otot

Postur dan julat pergerakan terhad membawa kepada ketegangan otot disebabkan otot terpaksa berkerja lebih untuk memegang badan dalam posisi tidak natural. Ketegangan otot memberikan sensasi tidak selesa dan menyakitkan.

 

Mana nak dapat khidmat fisioterapi? Boleh datang ke cawangan kami di Taman Sri Rampai (di atas Tat Nasi Ayam)!  Kami sedia membantu.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)