Percaya atau tidak, anda wajib ambil protein untuk membina badan! Jangan percaya cakap-cakap orang lain yang kata protein tak perlu kalau nak bina otot, lagi-lagi yang kata ambil protein nanti badan senang “jatuh”. Nak tanya sikit, badan nak jatuh pergi mana?
Betulkah protein itu wajib untuk bina badan? Jawapannya, ya, memang anda perlukan protein untuk membina badan. Kenapa?
Protein Adalah Asas
Setiap sel dalam badan anda diperbuat daripada protein. Anda perlukan nutrisi protein untuk memperbaiki segala macam sel dalam badan anda. Jangan berasa anda takut nak dapat badan besar-besar, protein pun tak perlu ambil.
Protein yang Admin maksudkan adalah protein secara am, iaitu daripada ayam, ikan, daging, kacang, hatta daripada supplement sendiri. Perbezaan antara memakan protein daripada makanan semula jadi dengan meminum supplement adalah kecil sahaja. Dengan kata lain, ambil supplement sama sahaja dengan memakan makanan biasa. Boleh dikatakan juga, protein lebih murah dan mudah untuk disediakan berbanding makanan biasa.
Kalau ayam, anda kena beli, kena basuh, kena masak, simpan, panaskan semula, dan macam-macam. Nak habiskan seketul dada ayam pun memenatkan. Tetapi, itu yang anda kena buat sebenarnya. Cuma, tak ada masalah untuk ambil supplement protein sebagai pelengkap kepada diet harian anda. Bukan semua orang mampu siapkan makanan sepanjang hari. Ada yang sibuk berkerja, pergi ke kelas, dan macam-macam lagi. Di sini datangnya supplement protein yang memudahkan keadaan.
Take-Home Point
Admin nak cakap, yang kata protein tak perlu untuk bina badan itu adalah salah sebab anda memang perlukan protein tidak kira nak bina badan atau tidak. Dan, protein tersebut boleh datang daripada pelbagai sumber termasuk supplement sendiri. Malah, anda minum susu biasa di pasaran pun boleh dikira sebagai minum “protein”. Supplement memudahkan kerja harian anda. Kalau Admin, Whey daripada USN adalah pilihan peribadi Admin atas sebab harga yang murah, rasa yang sedap, dan kualiti yang terbaik di Malaysia!