Okay, selalunya orang mahukan chest yang kuat, biceps dan triceps yang kuat, kaki yang kuat, Tapi ramai yang tidak fokus pada kekuatan upper back. Sedangkan bahagian belakang yang kuat merupakan tunjang kepada latihan bina badan yang bagus.
Dengan dengan keadaan zaman sekarang yang dikelilingi dengan gajet, ramai daripada kalangan kita yang mempunyai masalah lemah otot belakang. Ini dizahirkan lagi dengan postur yang tidak seimbang. Ada yang membongkok lebih dan ada yang menonggek lebih. Ini semua hanya tanda kepada lemahnya otot dan juga struktur badan.
Anda kena jaga keseimbangan otot kerana ini melibatkan keselamatan anda dalam latihan bina badan. Otot yang lemah dan tidak seimbang hanyalah resipi kepada kecederaan. Apabila berlakunya ketidakseimbangan dalam badan, makan akan ada bahagian lain yang mengambil alih perasaan tersebut. Lantas, ini menyebabkan otot yang mengambil alih melakukan kerja yang lebih dan mengundang kepala kesakitan.
Antara sebab anda memerlukan upper back yang kuat ialah:
1- Untuk Squat Berat
Otot trapezius yang tebal dan kuat akan menjadi kusyen kepada bebanannya anda guna. Otot trapezius juga bertanggungjawab dalam memegang tulang beli kat dalam posisi yang selamat. Cuba anda sekuat dan menggerak-gerakkan bahu, anda akan rasa tidak stabil kerana tulang belikat tidak berada dalam posisi kukuh. Sebab itu anda memerlukan otot trapezius yang kuat.
2- Pergerakan Sekata Dalam Sendi
Sendi bahu kita melibatkan tulang tangan, tulang selangka, dan tulang belikat. Semua ini harus bergerak dalam kadar tertentu. Apabila satu sendi pada bahagian ini tidak berfungsi dengan baik, maka seperti yang dikatakan tadi akan ada struktur lain yang mengambil alih kerja tersebut. Itulah menjadi punca kepada banyak sakit yang dihidapi atlet.
3- Mengurangkan Risiko Masalah Rotator Cuff
Ini point yang sangat penting. Ramai tak sedar yang kesakitan bahu yang mereka rasa ketika bench press berpunca daripada masalah rotator cuff yang tidak lagi berfungsi dengan baik. Kenapa? Mungkin dia telah mengalami koyakan kecil, ataupun strukturnya sangat ketat menyebabkan ia tercedera. Jadi, dengan menguatkan upper back, anda dapat mengurangkan risiko masalah rotator cuff.
4- Nampak Lebih Gagah
Sekarang, sixpack bukanlah lagi lambang gagah yang utama. Lagipun, nak tunjuk sixpack kena buka baju. Takkan nak tiba-tiba buka baju d pejabat, di tempat belajar, di shopping mall? Otot trapezius yang tebal dan tinggi sudah cukup untuk menjadi lambang kekuatan dan anda tak perlu buka baju pun bagi menampakkan trapezius. Kalau memang dah tebal, pakai baju gerenti nampak!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)