Kenapa Badan Cepat Naik Dengan Mass

Baru sebentar tadi Admin mendapat persoalan berkaitan mass, di mana pengguna mass bertanya kenapa badan mereka cepat sangat naik dengan mass.

 

Baik, mass membekalkan anda dengan nilai kalori yang tinggi. Apabila anda memakan sejumlah kalori lebih daripada keperluan badan, maka badan akan naik (otot atau lemak). Ini adalah normal, tetapi yang kita kena berjaga-jaga ialah kenaikan mendadak sebab ia boleh membawa kepada kenaikan lemak keterlaluan.

 

Kalau macam itu, adakah penggunaan mass tidak bagus? Bukan begitu, anda kena kira keperluan badan anda dan ambil mengikut keperluan tersebut. Sebagai contoh, kalau seseorang itu memang kurang makan dan dia mengambil mass, maka badannya boleh naik dengan sekata. Kalau dia dah makan banyak dan ambil lagi mass, maka mudah untuk terlajak kalori dengan lebih jauh.

 

Point yang anda kena ambil di sini ialah guna supplement mengikut keperluan anda. Dos yang dipaparkan pada produk tersebut ialah dos yang dicadangkan, tetapi guna mengikut diri sendiri.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook