Admin semalam dapat soalan daripada seorang pembaca dalam video Admin, tanya kenapa badan seseorang nampak sebu walaupun besar? Lebih kurang begitulah ayatnya.
Sebu bermaksud, badan anda memegang air. Nama lain, kita panggil nampak gebu. Biasanya, orang akan nampak sebu apabila mereka berada dalam fasa bulking.
Cuma, ada sesetengah orang yang walaupun bulking, tetap nampak kering dan definition otot. Kenapa boleh jadi begini?
- Genetik
- Pemakanan
- Goal
Genetik
Dalam bidan kecergasan, semuanya akan bergantung pada genetik anda. Daripada kebolehan untuk membina otot, membakar lemak, mengangkat berat, nampak sebu, nampak kering, semuanya dah ditetapkan dalam badan.
Pemakanan
Sebu sebab menyimpan air adalah kerana tinggi sodium. Itu satu, karbohidrat juga akan menyekat air. Jadi, perlukah seseorang itu potong benda-benda ini untuk nampak kering? Perlu, kalau dia mahu lalu ia mendorong kepada isi ketiga.
Goal
Apa yang dia mahu? Nak nampak besar? Nak nampak kering? Adakah dia akan naik pentas tak lama lagi? Ataupun, dia nak bersahaja dan masih nak nikmati makan-makan? Semuanya atas kehendak seseorang.
Jadi, macam mana anda nak kurangkan nampak sebu? Pertamanya, anda kena bakar lemak dahulu supaya berada dalam 12-15%. Kemudian, mula jaga makan supaya anda tidak memegang air banyak sangat. Ini bermaksud anda kena kurangkan garam dan segala jenis makanan diproses. Teknik water-loading juga boleh dilakukan jika anda menghampiri pertandingan.
Jika anda perlukan lebih banyak tips dan panduan bina badan, layari Dee Gym Supplement kerana segalanya ada di sini!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)