Kenapa Berat Badan Statik Walaupun Workout Lama

Apakah punca berat badan kita tidak naik mahupun tidak turun walaupun kita sudah workout lama? Pergi gym tak pernah tinggal, tapi hasil tetap sama sahaja. Ada yang sampai menyerah kalah dan terus berhenti daripada pergi ke gym kerana tidak dapat menurunkan berat badan ataupun menjadi sado.

 

Dalam latihan, kita ada prinsip adaptasi di mana badan kita menjadi biasa dengan stimulasi latihan yang kita berikan. Stimulasi latihan boleh ditekankan kepada intensiti dan isipadu. Intensiti boleh difahamkan sebagai bebanan ataupun kesusahan latihan. Semakin berat bebanan anda guna, semakin tinggi intensiti latihan anda. Manakala, semakin banyak jumlah repitisi dan set anda buat, semakin tinggilah isipadu latihan anda.

 

Jika selama anda berlatih anda tak pernah memvariasikan intensiti dan isipadu, maka badan anda akan terbiasa dengan stimulasi latihan yang selalu anda lakukan. Sebab itu, badan perlu dikejutkan dengan stimulasi baru melalui penambahan bebanan ataupun jumlah isipadu latihan. Dengan kata lain, semakin lama anda berlatih, sepatutnya anda jadi semakin kuat dan tahan lama (dalam gym).

 

Badan kita berubah mengikut acuan yang kita berikan. Semakin besar acuan yang kita kenakan, maka badan kita akan menjadi semakin padat dengan otot. Nota kepada yang tidak tahu, untuk jadi kurus, anda kena bina otot.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook