Dalam tempoh sizing atau membesar bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja tanpa mengira jumlah nutrien yang badan perlukan. Ini kesilapan yang paling banyak di lakukan Newbie terutama yang berbadan kurus. Mereka mahu membesar tapi salah dalam diet mereka.

Diet bukan beerti anda untuk Fit sahaja. Jika anda nak Sizing pun anda perlu diet tapi diet sizing amat berbeza dengan Diet Fit. Dari segi jenis Nutrien adalah sama cuma jumlh kalori dan jumlah nutrien yang anda ambil berbeza.

Sebelum Diet anda perlu tahu apa otot anda perlukan , jika nak sizing otot anda memerlukan lebih Karbohidrat, Protein, Vitamin serta sedikit lemak , gula dan Garam. Bukan maksud sizing sahaja boleh lantak apa sahaja sebab nak sizing. Itu lemak sizing lemak bukan sizing otot.

Tu sebab kenapa makanan Fast Food tak sesuai untuk sizing sebab kandungan lemak terlalu tinggi dan protein amat rendah. Makanan tinggi lemak membuatkan perut anda cepat kenyang dan anda akan kurang mengambil makanan berkarbohidrat dan protein. Sedangkan karbohidrate dan protein merupakan sumber nutrien yang amat penting untuk perkembangan otot yang cepat.

Begitu juga gula, makanan terlalu tinggi gula juga tak sesuai untuk sizing sebab utama gula paling senang ditukar menjdi lemak kerana konsep penukaran lemak dari glukosa di jadikan tenaga, tenaga tidak digunakan pasti menjadi lemak. 

Jadi, Ubah menu Diet anda dan kekalkan diet seimbang tidak kira ketika anda sizing atau Cutting. 

Follow Group Telegram Kami Untuk Kongsi Lebih Banyak Tips Fitness : https://t.me/DeeGymSupplement