Artikel kali ini akan membincangkan berkaitan kenapa pergi gym lebih terjamin daripada workout di rumah atau di mana-mana kawasan outdoor.

Saya tak katakan jika workout di rumah tidak berkesan dan tiada hasil. Sebenarnya workout di mana-mana pun boleh mendapat hasil maksima cuma apa yang ditekankan di sini adalah apa kelebihan gym berbanding senaman di tempat lain.

Kita kena ingat “lain ibu lain anak”. Walaupun semua namanya sama ibu tetapi anak pasti berbeza-beza. Begitu juga dengan senaman, walaupun kita melakukan senaman yang sama tetapi mungkin ada sedikit perbezaan sama ada di gym atau di rumah.

Saya berikan kelebihan senaman di rumah. Yang pertama ianya lebih murah, privasi, dan bebas menjerit, menghempas, kerana jauh dari tempat orang ramai. Yang kedua kita tak perlu merebut atau menunggu giliran mesin atau plate.

Berbanding di gym pula kelebihannya adalah peralatan yang mencukupi, mempunyai kawan utk ‘support’, dan mempunyai persekitaran yang membina.

Ya betul, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, namun saya ingin tekankan di sini satu kelebihan gym berbanding di rumah yang memainkan peranan penting kepada individu-individu di luar sana.

Ia adalah persekitaran. Walaupun senaman di rumah wujudnya privasi,namun harus kita ingat yang privasi agak kurang sesuai bagi orang yang baru bermula atau ‘newbie’.

Persekitaran di gym sangat boleh mempengaruhi semangat dan keyakinan seseorang. Cuba bayangkan kita melakukan bench press 60 kg, member sebelah pula mampu 100 kg, pasti kita akan tercabar. Semangat bersaing juga akan membara. Walaupun senaman ini bukanlah suatu perlumbaan, namun kita kena ingat berapa ramai ahli gym yang semangat pada mulanya, namun terkandas hasratnya selepas dua bulan dan ada yang berhenti terus kerana kurangnya semangat.

Jadi pentingnya persekitaran yang membina ini untuk sekurang-kuranganya merajinkan diri kita ke gym. Ini dinamakan persaingan yang sihat. Dengan sebab itulah ramai yang memilih pergi ke gym berbanding melakukan senaman di rumah.

Bagi saya, senaman di rumah amat sesuai bagi otai-otai yang sudah padu. Namun, kita lihat otai-otai juga masih pergi ke gym walaupun sudah bertahun ke gym. Jelas kita dapat lihat persekitaran di gym amat berbeza dengan di rumah kerana di gym semuanya mempunyai target yang sama dan berada dalam kelompok yang sama.

Di rumah mungkin tidak akan mendapat keseuluruhan semangat seperti di gym. Bayangkan baru nak memulakan latihan di rumah, tiba-tiba teringat nasi belum panaskan, mak suruh beli barang, adik minta tolong. Perkara-perkara sebegini akan menjejaskan latihan yang maksima.

Untuk itulah saya sarankan khususnya kepada newbie-newbie untuk mulakan latihan anda dengan pergi ke gym. Anda boleh lihat perbezaannya.

Entri oleh : Fakhrul Islam