Sesetengah individu apabila mendengar karbohidrat, dirinya menjadi fobia lebih-lebih lagi yang mengamalkan diet. Sedangkan diet itu sendiri memerlukan karbohidrat atau carbs. Nak dimudahkan cerita carbs ini amatlah menjadi keperluan kepada atlet, bodybuilder, orang yang berdiet dan banyak lagi. Ini kerana manfaatnya memang amat diperlukan.
1. Mengekalkan fungsi thyroid
Mungkin ada yang tidak faham fungsi thyroid ini. Thyroid mempunyai kalenjar yang membantu menggalakkan penghasilan tenaga, tumbesaran badan, kadar jantung, suhu badan dan banyak lagi.
Thyroid ini akan mengalami kecacatan atau kekurangan apabila diet anda tidak mengandungi karbohidrat atau kurang pengambilannya. Untuk merangsanh thyroid ini anda perlu mengambil carbs dengan baik kerana ia menjamin tenaga anda semasa di gym atau semasa anda melakukan kerja harian anda.
2. Menjadikan badan sentiasa hidrat.
Kajian menunjukkan apabila anda mendapatkan carbs yang cukup selepas latihan, anda boleh mengembalikan cecair dalam badan selepas ianya dehidrasi. Carbs dan sodium adalah dua komponen yang mempunyai sifat cinta air di mana mereka ini akan menarik air kearah mereka dalam badan anda.
Kerana itu, jika anda kekurangan carbs badan anda akan cepat penat kerana mengalami dehidrasi.
3. Menghasilkan insulin
Bila anda mengambil carbs, pankreas anda akan merembeskan insulin. Kita tahu fungsi insulin adalah menyimpan lemak-lemak dalam badan dan akan dirembeskan bila tiba masanya. Namun, insulin ini juga bertindak sebagai pembawa nutrien termasuk protein ke otot anda. Konsepnya jika tiada carbs, tiadalah insulin dan jika tiada insulin, kecillah otot anda.
Entri Oleh: Fakhrul Islam