Ada banyak kes dalam dunia kecergasan yang mereka turun berat badan, tapi saiz badan tak menurun. Mungkin mereka pakai baju masih rasa ketat. Ada juga yang tak turun berat badan tapi tengok badan makin kecil dan baju-baju makin muat pakai.

Macam mana boleh jadi begini dan apakah maksudnya? Ia sebenarnya boleh bawa maksud yang anda telah bakar lemak tapi membina otot. Ramai tengok skala penimbang tak berubah, lantas berasa sedih.

Sebabkan masalah ini, Admin tak berapa galakkan anda berharap pada penimbang berat semata-mata. Ia tak membawakan maksud yang mendalam. Bagi penimbang, berat adalah berat. Ia tidak mengukur berat lemak, berat otot, berat air, dan lain-lain.

Oleh itu, anda patut guna cara mengukur lain. Antara yang paling mudah ialah mengambil ukur lilit dada, biceps, pinggang, punggung, dan peha. Lihat samada bahagian-bahagian ini ada perubahan atau tidak. Bahagian pinggang sepatutnya tidak menaik, tak kira berat turun atau tidak. Ini satu-satunya bahagian yang kita nak kecilkan!

Image result for veiny arms

Kemudian, ukur juga progress anda melalui pandangan dalam cermin dan memakai baju-baju lama. Adakah ada nampak diri anda dalam cermin semakin slim atau berotot? Selepas itu, baju yang lama-lama, boleh pakai lagi atau tidak? Ambil kira benda-benda ini.

Kalau anda berpeluang untuk menimbang berat badan anda menggunakan peralatan menimbang tertentu yang turut menimbang berat lemak, otot, air, tulang, dan lain-lain, Admin sangat galakkan anda melakukannya. Ia jauh lebih baik daripada menimbang biasa.

Jika anda mahukan lebih banyak panduan dan tips bina badan, apa kata anda layari Dee Gym Supplement untuk segala macam jenis informasi!

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)