kenapa SENAMAN KOMPAUN kene buat dulu sebelum buat SENAMAN ISOLATION ?

 

Senaman kompaun: Senaman yang melibatkan pergerakan banyak sendi dan otot. Contoh:
1. Squat
2. Bench press
3. Deadlift

Senaman isolation: Senaman yang melibatkan pergerakan satu jenis sendi dan fokus otot. Contoh:
1. Bicep curl
2. Tricep extension
3. Leg curl

Senaman kompaun perlukan lebih tenaga dan ia lebih berkesan untuk bina MASS serta SAIZ.

Isolation pula adalah “pelengkap” kepada latihan anda. Ia memaksa darah untuk penuhkan otot dan memberi tekanan metabolik.

Latihan kompaun akan merembeskan sejumah besar hormon testosteron dan hormon tumbesaran otot. Ini sangat penting untuk bina badan.

Kemudian, latihan isolation pula melengkapkan lagi rembesan hormon melalui tekanan metabolik (latihan rep tinggi).

Dalam dunia bina badan, soal hormon sangat penting untuk bina otot dan bakar lemak. Jadi, sentiasa utamakan latihan kompaun dan gunakan teknik betul.

Penulis: Aiman Radzi (@TheTherabeast)

 

Komen Facebook