Ada dua jenis gym-goer dengan dua tujuan berbeza:
1- Nak bina muscle
2- Nak bakar lemak
Dan mereka kata makan dah banyak, badan still tak naik. Ataupun mereka kata, makan sikit sangat sehari, tapi berat tak turun-turun.
Bila di check, memang betul kata mereka. Jadi apa masalahnya?
Saya bukanlah believer tegar yang pemakanan lebih penting daripada training tapi sebaliknya, saya percaya training dan pemakanan adalah 50/50.
Ada dua kemungkinan mengapa anda masih belum dapat result walaupun anda dah jaga makan:
1- Anda tipu yang anda jaga makan
2- Program latihan anda tidak optimum
Selalunya, jawapan adalah nombor 1!
Tapi jika tidak, mungkin sekali program latihan anda perlu di revise balik. Selalu jadi punca apabila program latihan anda tidak diukir mengikut fitness goal yang anda nak.
Bayangkan kalau Muhammad Ali berlatih menyanyi, boleh kah dia jadi boxer terhebat satu masa dahulu?
Sama dengan Michael Jackson kalau dia berlatih boxing, mungkin dunia takkan dapat tengok King of Pop itu.
Latihan anda perlu direka berdasarkan kehendak anda, tapi yang penting dalam satu-satu latihan, dan mesti ada dalam semua jenis latihan adalah:
1- Specificity
2- Progression
3- Overload
Panduan jenis latihan mengikut fitness goal anda:
1- Membina muscle
Latihan anda harus revolve around hypertrophy training. Maksudnya anda perlu hit setiap muscle dari pelbagai sudut angle. Focus pada contraction terutama part eccentric. Rep range boleh dilakukan antara 8-15 rep untuk 3-5 set. Rest 1-2 minute mengikut kemampuan diri. Tapi purata strength training adalah hampir sama dengan latihan hypertrophy. Cardio jangan ditinggalkan. Pemakanan tinggi protein sangat membantu.
2- Membakar lemak
HIIT adalah kawan baik anda. Lari pecut, burpees, swimming, semua membantu anda mencapai target. Latihan di gym tidak jauh lari daripada latihan hypertrophy dan strength, kerana pembinaan muscle membantu pembakaran lemak. Pemakanan anda memainkan peranan terbesar samada anda berjaya atau tidak!
3- Membina strength
Jarang lihat orang buat latihan begini sebab ramai takutkan berat-berat. Ya, jika anda tidak rancang untuk compete game sebagai strength athlete, atau anda memang tidak berminat angkat berat, jadi tidak perlu pun. Cuma rugi lah…
Entri: Aiman Radzi (@TheTherabeast)