Ramai yang tergila-gilakan sixpack. Apa yang istimewa pada sixpack, Admin pun tak tahu sebab anda bukannya boleh tayang sixpack anda merata (aurat). Lebih baik kejarkan saiz biceps, triceps, traps, back, dan lain-lain. Pakai baju pun nampak juga.
Tapi, ini tak bermakna anda tak boleh kenar sixpack untuk kepuasan diri atau kepuasan isteri. Jadi, kita lihat beberapa sebab kenapa jadi susah untuk dapatkan sixpack!
Tak Cukup Protein
Tahukah anda yang protein bukan sahaja digunakan untuk membina otot, malah untuk membakar lemak? Kandungan protein amat penting untuk badan kita kerana setiap sel dalam badan memerlukan protein untuk terus berfungsi.
Tak Cukup Makan
Kalau anda makan tak cukup, anda tak bekalkan badan anda dengan nutrisi yang mantap untuk proses pemulihan dan juga untuk dijadikan sebagai tenaga semasa workout. Utamakan pengambilan karbohidrat selepas workout.
Makan Lemak Sihat
Jangan ingat anda tak perlu makan lemak untuk dapatkan sixpack. Lemak sihat diperlukan oleh anda untuk proses rembesan hormon yang sangat penting dalam bina badan iaitu hormon lelaki (testosteron). Sebab itu kalau lemak rendah sangat, badan akan jadi lemau sebab kurangnya hormon ini.
Kurangkan Buat Abs
Terlalu banyak sangat senaman untuk abs, dan kurangnya buat senaman kompaun yang lebih besar adalah salah satu punca kenapa anda susah nak dapatkan sixpack. Nak dapatkan abs? Buat sauat, deadlift, dan bench press. Bukannya buat situp setiap masa. Kenapa? Senaman besar membakar lagi banyak kalori dan membina lebih banyak otot.
Gabungkan penggunaan Whey Core dengan Mega Rasp untuk kombinasi bakar lemak terbaik sekali, hanya daripada Superior14!
Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)