SUKAR MENAIKKAN BERAT BADAN? KENAPA?

Sebaiknya kita mengenal dulu bentuk badan manusia. Ada 3 jenis tubuh manusia, iaitu:
1) Ectomorph, ini dikenali dengan tubuhnya yang kurus, susah sekali menaikkan berat badannya walaupun sudah makan banyak.
2) Mesomorph, juga jenis dengan badan yang cukup bidang, besar dan gagah
3) Endomorph, ini jenis gendut, buncit, mempunyai banyak lemak di tubuhnya.

Merujuk dari 3 jenis di atas kita akan menerangkan mengenai bentuk badanjenis Ectomorph dan Endomorph dimana keduanya saling bertentangan.

Jenis Ectomorph, yang terkenal dengan bentuknya yang kurus kering, bahkan kadang-kadang sudah mempunyai sixpack tanpa perlu latihan, tetapi begitu sukar sekali menaikkan berat badannya. Sudah cuba makan lebih banyak, berat tetap tidak naik. Memang jenis badan ini susah menyimpan lemak di tubuhnya. Metabolisme-nya yang terlalu tinggi memudahkan membakar kalori. Jenis badan seperti ini, hanyalah boleh menaikkan berat badan dengan cara menambah size ototnya.

Berbincang mengenai menambah size otot, sukan yang sesuai cuma angkat beban. Kerana sukan yang lain, seperti lari, RPM, aerobic, basket, badminton, berenang, dan lain-lain hanya akan membantu tubuh jenis Ectomorph ini untuk membakar kalori lebih banyak lagi di mana hal itu justeru akan membuatnya semakin kurus.

Berlatih beban pun tidak boleh ringan-ringan. Jenis badan ini harus berlatih dengan beban yang cukup berat. Bahkan ketika berlatih dengan beban yang sama selama beberapa waktu pun, berat badannya sudah stuck dan tidak mau naik lagi. Masa tidur juga harus dijaga dengan baik selama 7-8jam sehary bagi membolehkan otot mengembang dengan baik ketika rehat. Target kenaikan ideal bagi badan Ectomorph adalah 1-2kg selama sebulan. Jika Berjaya dapat 2kg pun sudah dikira terbaik bagi mereka.

 

IMG_2507

Endomorph= Jenis ini mempunyai metabolisme tubuh yang cukup lambat, Dipenuhi lemak pada seluruh badan dan gendut. Untuk menurunkan berat badan dan membuang lemak, Mereka yang jenis tubuh endomorph ini tidak cukup untuk melakukan aktiviti fizikal apa-apa. Latihan angkat beban perludigabung dengan cardio bagi mempercepatkan proses pembakaran lemak.

Begitu juga dengan pola makan yang disyorkan bagi jenis badan ini perlu memilih makanan yang sihat, dan tubuh akan menggunakan lemak sebagai sumber energy. Penurunan berat badan yang normal adalah sekitar 2-4kg setiap bulan, bahkan ada yang mencapai angka lebih dari itu.

Ectomorph, harus merangsang otot lebih maksimum daripada tubuh Endomorph. Ectomorph perlu makan lebih banyak, dan sentiasa makan lebih banyak. Kekurangan makanan sedikit saja akan membuatkan tubuh Ectomorph turun berat badannya. Berhenti membuat latihan angkat beban juga akan membuatkan berat badannya terus menurun. Tubuh kita secara fungsi asas, akan menggunakan karbohidrat dan lemak untuk dijadikan tenaga.

Jadi kesimpulannya, menaikkan berat badan lebih susah daripada menurunkan berat badan. Usaha yang diperlukan untuk menaikkan size otot lebih kuat berbanding membuang lemak.

IMG_7156

Nak tambah berat badan cepat boleh dapatkan Superiormass nie supaya dapat tambah berat badan dengn pantas dan otot pun makin mengembang

 

whtsl terus sy 010-2218087