Sebenarnya memang terdapat perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam menurunkan berat badan. Perbezaan dari segi sikap, cara diet, dan sebab biologi telah mempengaruhi perkara ini. Namun bukan lah artikel ini bias mengatakan lelaki lebih mudah menurunkan berat. Sebenarnya kedua-dua jantina ini amat mudah dalam menurunkan berat jika dilakukan dengan cara yang betul.
Artikel sebelum-sebelum ini telah banyak mengajar cara berdiet dengan betul. Tetapi kali ini saya akan membincangkan kenapa wanita lebih sukar sedikit menurunkan berat mereka berbanding lelaki.
1. Perbezaan biologi
Secara saintifiknya lelaki mempunyai hormon tostesteron dan wanita mempunyai hormon estrogen. Namun apa kaitan dengan hal ini?.
Hormon tostesteron adalah hormon yang amat penting dalam penghasilan otot. Oleh kerana itu lelaki berotot dan wanita mustahil memiliknya. Apabila wujudnya otot, maka kalori lebih banyak dapat dibakar. Oleh sebab itu perbezaan yang ketara adalah lelaki lebih cepat bertindak terhadap pembakaran lemak berbanding wanita.
2. Sikap
Kajian menunjukkan bahawa apabila wanita berkata tidak lapar, namun jika ada bau makanan yang terlintas atau makanan yang terlintas di fikiran maka otak akan menyebabkan wanita berasa lapar dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu makanan. Ya, wanita sebenarnya lebih cepat lapar berbanding lelaki. Oleh itu, mereka akan mengambil apa-apa makanan tidak kira seimbang atau tidak. Lihat sahaja di dalam beg tangan wanita, pasti ada apa-apa snek. Jika tabiat ini susah untuk dibendung, maka disiplin anda untuk menurunkan berat badan juga gagal. Kita tahu snek adalah makanan yang diproses dengan pelbagai bahan seperti sodium, pewarna, perasa dan pelbagai lagi. Jika makanan sebegini dimakan dengan kerap pasti sukar anda untuk mencapai target anda.
Oleh itu dapatlah difahami bahawa perempuan bukanlah sukar menurunkan beratnya namun ada halangan-halangan yang perlu diatasi oleh wanita. Begitu juga lelaki yang mungkin lebih cepat mencapai penurunan berat namun lelaki juga ada halangan-halangan tersendiri yang menyukarkan hasrat mereka yang mungkin akan dibincangkan pada artikel yang akan datang.
Entri Oleh: Fakhrul Islam