Kepentigan Penggunaan Tali Pinggan Di Gym

Berkurun lama soalan ini berlegar dalam dunia kecergasan. Jawapannya juga telah lama disebarkan, cuma ramai tidak mengambil berat. Benarkah penggunaan tali pinggang adalah wajib bagi senaman-senaman di gym?

Banyak kajian dilakukan tentang hal ini. Ada yang mengkaji penggunaan tali pinggang dalam pekerjaan harian, ada pula yang mengkaji tali pinggang dan senaman. Itu yang kita hendak fokus, iaitu kegunaannya bersama latihan.

Soalan-soalan yang anda perlu tanya:
1. Tujuan pemakaian tali pinggang
2. Siapa patut pakai?

Dalam kebanyakan kes, pemakaian tali pinggang adalah berasaskan tujuan anda berlatih. Tetapi, panduan palin umum (dan harus dihadam semua orang) adalah penggunaan tali pinggang bukanlah untuk angkatan beban di bawah 90% daripada 1-rep maksimum anda; biasanya, beban yang anda boleh angkat lebih daripada 3 rep.

Pandangan Umum

Ramai ingat dengan memakai tali pinggang sahaja, anda boleh kurangkan tekanan pada tulang belakang. Melalui ini, anda dapat menjaga tulang belakang anda daripada kecederaan-kecederaan seperti PID (prolapsed intervertebral disc), atau kata lain, hernia – angin pasang.

Antara tulang belakang kita, terdapat gel-gel yang diumpakan sebagai kusyen untuk menyerap daya tekanan pada tulang belakang. PID bermaksud gel tersebut boleh pecah dan terkeluar daripada tempatnya. Maksudnya, sakit!

Malangnya, ini bukanlah kebenaran. Penggunaan tali pinggang tidak menjamin keselamatan tulang belakang anda.

Kegunaan Sebenar Tali Pinggang

Penggunaan tali pinggang telah membantu ramai atlit untuk mengangkat lebih berat. Mereka menggunakan tali pinggang semasa angkatan “berat” dan perkataan “berat” adalah sesuatu yang subjektif. Berat bagi seseorang mungkin ringan bagi orang lain.

Kenapa penggunaan tali pinggang boleh beri anda peluang untuk angkat lebih berat?

Salah satunya adalah sebab peningkatan respon elastik pergerakan tulang belakang anda. Penggunaan tali pinggang akan menghadkan julat pergerakan-hujung bengkokan tulang belakang dan elastik bermaksud seperti lastik. Tetapi, untuk mendapat kesan ini, biasanya anda perlu angkat dengan form yang agak teruk.

Satu lagi mekanisme penggunaan tali pinggang adalah melebarkan tapak sokongan melalui pengukuhan tulang belakang. Tetapi, pengukuhan di sini bukan maksud selamat. Ia “mengeraskan” struktur tulang belakang anda dan ini boleh bantu sedikit sebanyak untuk mengangkat berat.

Kekurangan Tali Pinggang

Jadi, apa masalah dengan penggunaan tali pinggang? Ia menukar corak pengaktifan otot untuk angkatan berat. Tali pinggang akan menjadi seperti tongkat untuk orang tua berjalan. Anda akan berharap pada penggunaan alat ini untuk berlatih dan ini bukan perkara yang bagus.

Apabila ini berlaku, otot-otot yang patut kuat menjadi tidak aktif. Lantas, ini akan menjejaskan lagi peluang anda untuk mengangkat berat.

Rekomendasi Tali Pinggang

Mereka yang pergi ke gym untuk membina badan dan mendapatkan bentuk fizikal terbaik tanpa sebarang niat untuk menyertai acara sukan angkat berat serta memenanginya tidak perlu kepada pemakaian tali pinggang.

Sebaliknya, bagi atlit-atlit powerlifter, strongman, ataupun bodybuilder elit boleh menggunakan tali pinggang untuk meningkatkan prestasi latihan angkatan berat (beban kurang daripada 3 rep).

Gunakan tali pinggang untuk angkatan maksimum, dan gunakan tali pinggang semasa pertandingan untuk menang. Untuk tambahkan kekuatan otot core, cuba latih tanpa guna tali pinggang.

Komen Facebook