Senaman yang sangat digeruni ramai. Nama sahaja membawa maksud angkatan mati, mana orang tak takut? Cuba letak nama happy lift atau easy lift, mesti orang tak risau!

 

Takut macam mana sekalipun, anda kena belajar cara deadlift dengan betul. Sebab, teknik datangkan banyak manfaat abang-abang sado di luar sana. Ia dikira sebagai senaman utama dan asas dalam bina badan.

 

Cuma, ramai melakukan deadlift dengan tali pinggang sejak dari mula latihan lagi. Ini menyebabkan mereka kekurangan beberapa benda seperti pengukuhan teknik, latihan untuk kuatkan otot teras, dan lain-lain. Sepatutnya, tali pinggang di ketepikan dahulu sampailah satu masa nanti.

 

Kenyataan tali pinggang dan jaga tulang belakang tidak benar. Tali pinggang sebenarnya bukanlah faktor utama dalam penjagaan tulang belakang. Fungsi tali pinggang adalah untuk meningkatkan tekanan intra-abdominal supaya anda boleh kukuhkan lagi postur semasa angkat.

 

Gunakan tali pinggang apabila anda menghampiri 1RM. Malah, ada yang sampai 1RM masih tidak menggunakan tali pinggang. Kenapa? Kerana mereka berlatih untuk kukuhkan teknik tanpa tali pinggang.

 

Dalam badan kita ada tali pinggang semulajadi dikenali sebagai otot transverse abdominis. Kita kena kuatkan otot ini dahulu supaya badan kita kuat secara semulajadi. Kemudian, kita kena kukuhkan teknik deadlift kita. Itu ini adalah yang paling penting dalam penjagaan tulang belakang. Bukannya tali pinggang.

 

Agak menjengkelkan apabila kita melihat abang-abang sado menggunakan tali pinggang untuk deadlift bebanan yang sama berat dengan berat badan mereka. Sedangkan, yang berlatih betul-betul boleh deadlift 2-3 kali ganda berat badan dengan teknik terbaik tanpa tali pinggang.

 

Adakah Admin mengharamkan penggunaan tali pinggang? Bukan, Admin cuma nak anda faham kegunaan sebenar tali pinggang. Gunakannya pada masa yang betul untuk tujuan yang betul.

 

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)