Isu ini dah lama timbul dalam kalangan masyarakat yang nak kurangkan berat badan. Ramai berfikir yang mereka tak patut makan selepas workout kerana ia ibarat menambah semula kalori yang anda bakar semasa workout tadi. Walhal, ia adalah sebaliknya!
Selepas workout, anda kena makan untuk isi semula glikogen yang kehabisan semasa workout. Badan anda perlukan tenaga untuk membaikpulih kerosakan minor yang berlaku, lagi-lagi kalau anda main berat. Kalau anda tak isi semula tenaga yang digunakan, maka senang untuk anda kehilangan otot kerana badan menggunakan otot sebagai tenaga.
Nak makan apa selepas wokout? Ini pun ramai yang salah faham kerana ramai fikir kena minum protein selepas workout. Ya, tak ada masalah minum protein selepas workout kerana supplement protein juga dikira sebagai makanan. Tetapi, keutamaan anda adalah pada karbohidrat kerana nutrient ini yang akan menggantikan glikogen yang hilang itu. Tambahan lagi, dengan pengambilan karbohidrat, kadar penyerapan juga akan meningkat.
Pemakanan selepas workout haruslah seimbang, seperti anda makan biasa. Dalam pemakanan selepas workout (disebut sebagai postworkout), kenalah ada karbohidrat, protein, dan lemak. Tahukah anda, lemak juga penting untuk turunkan (dan bina otot) berat badan? Dapatkan lemak-lemak yang baik secara seimbang.
Jangan lupa untuk makan selepas workout. Jika anda perlukan sumber protein pantas dan berkualiti, maka Admin cadangkan Iso Pro Zero daripada Superior14 yang boleh didapati di Dee Gym Supplement!