Selepas ini, kalau anda nak deadlift, anda kena bayangkan seperti ada orang nak geletek ketiak anda. Kalau ada yang nak geletek, apa yang anda akan buat? Cuba bayangkan sekarang! Anda akan kepit ketiak anda, bukan?

 

Buat begini semasa deadlift untuk pastikan badan anda tight, terutama sekali otot di sekeliling bahu dan juga belakang. Kalau anda biarkan ia longgar, ada dua kemungkinan yang akan berlaku:

  1. Risiko kecederaan.
  2. Power tidak cukup untuk deadlift.

 

Anda boleh tengok sendiri gambar di bawah sebagai rujukan. Yang kiri menunjukkan keadaan yang loose, manakala yang kanan menunjukkan tangan dikepit dan menyebabkan otot sekeliling semakin tight. Inilah posisi sebenar untuk deadlift.

Armpit-Position-Deadlift

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)