Bisep adalah otot tangan yang bekerja sebagai arm flexor. Fungsi biceps adalah untuk flexkan bahagian siku, ataupun bengkokkan siku dan juga menaikkan bahu sedikit. Sebab itu anda lihat orang main biceps, mereka tarik ke atas sedikit bebanan sampai ke paras dagu.

Otot ini dilatih secara spesifik dan efektif apabila anda memulakan senaman ini dalam posisi yang meregangkan biceps. Apabila otot meregang, maka anda boleh rekrut lebih banyak gentian otot semasa senaman yang melatih otot itu.

Posisi badan anda juga penting untuk memastikan tension sentiasa sekata sepanjang senaman. Kalau anda perasan, senaman biceps yang biasa hanya memberikan tekanan optimum pada darjah 0-90/100 kerana selepas ini graviti dan sendi mula mengambil alih. Jadi, anda kena guna senaman yang memerikan tension sepanjang rep.

Bagaimana nak aktifkan lagi sepenuhnya gentian biceps? Lakukan senaman yang memerlukan kestabilan otot. Biceps anda akan berkerja keras bersama otot-otot sinergis lain bagi mengelakkan bebanan senget dan menyebabkan ketidakseimbangan.

Apakah senaman yang saya maksudkan? Ada dua senaman yang bagus diamalkan bagi mendapatkan kesan-kesan yang saya kongsikan tadi;

Low Pulley Curl

Single Arm Barbell Curl

Masukkan sahaja senaman-senaman ini ke dalam rutin biseps anda sekarang untuk menambahkan isipadu latihan dan juga membesarkan otot anda dengan cepat. Berapa jumlah ulangan tu bergantung kepada diri anda.

Entri: Aiman Radzi