Berikutan penularan video deadlift PATAH tulang belakang, saya nak share beberapa langkah untuk jaga keselamatan waktu deadlift!
Pertama sekali, JANGAN TAKUT DENGAN DEADLIFT!
Kalau dibuat dengan cara yang betul, deadlift adalah senaman yang sangat baik untuk build muscle, strength, dan cegah sakit belakang, sebenarnya!
Langkah 1: Pastikan kedudukan badan betul.
Anda kena neutralkan tulang belakang, tak boleh membongkok. Cuba mendada bila dah pegang barbell tu untuk luruskan back.
Pastikan barbell di tengah-tengah kaki, barbell selari sepanjang tangan hingga bahu.
Langkah 2: Pernafasan yang betul.
Tarik nafas dalam-dalam sebelum angkat deadlift.
Tahan semasa mengangkat, boleh hembus perlahan-lahan bila dah lepas lutut.
Tahan nafas ni namanya Valsava maneuvre yang bertujuang untuk tingkatkan intrabdominal pressure. Yang inilah yang akan jaga tulang belakang, tetapi salah teknik boleh pitam.
Langkah 3: Guna beban betul dan kuatkan core.
Otot core anda kena kuat untuk kesihatan keseluruhan, bukan untuk kuat deadlift sahaja.
Guna beban yang bersesuaian. Pastikan form betul untuk 5-6 rep.
Kalau anda bukan atlit sukan apa-apa, tak perlu selalu try strength 1RM sebab tak ramai mahir teknik untuk test maximal strength.
Main ringan dahulu, betulkan form dan elak guna belt supaya anda latih core anda berdikari.
Terlalu berharap pada belt lah yang melemahkan teknik anda.
Jangan lupa like, share, dan follow page ini untuk terus dapatkan tip-tip dan info-info menarik berkaitan kecergasan.