Apa yang anda perlu tahu dengan perbezaan cara grip anda dengan alat-alat di gym seperti barbell, dumbbell, mesin-mesin dan lain-lain:
1. Tukar grip untuk bina lebih banyak otot. Penukaran cara anda grip mampu merangsang pengaktifan lebih banyak gentian otot, sekali gus membawa kepada kenaikan tahap kekuatan dan hypertrophy.
2. Pegang dumbbell supaya ibu jari bersentuh bahagian dumbbell semasa biceps curl. Cara sebegini meningkatkan tekanan pada otot-otot anda.
3. Kelebaran pulldown memberi kesan kepada otot biceps. Semakin rapat anda pegang, semakin kuat otot biceps berkerja. Otot latissimus dorsi tetap berkerja dalam semua keadaan.
4. Bench press secara close-grip mengaktifkan triceps. Kalau anda nak besarkan triceps melalui senaman kompaun bench press, anda kena pegang rapat daripada biasa.
5. Gunakan bar panjang untuk seated row. Penggunaan V-bar memendekkan pergerakan anda lantas mengurangkan pengaktifan otot.
6. Pegang lebar untuk barbell upright row. Senaman barbell upright row adalah senaman yang berbahaya untuk bahu tetapi risiko boleh dikurangkan dengan memegang lebar barbell tersebut.