Barbell row adalah senaman yang akan melatih otot back anda supaya ia menjadi lebih tebal, lebar, dan kuat. Ia merupakan senaman yang sangat bagus! Kalau anda tak buat senaman ini, anda kerugian yang banyak. Senaman barbell row bukan sahaja membina otot, malah ia membakar lemak!

 

Tapi, anda kena review cara anda buat barbell row. Selepas ini, ambil video anda buat senaman tersebut dan lihat serta buat penilaian sendiri. Adakah anda melakukan kesalahan di bawah.

barbell-rows-floor

Kalau anda lihat dalam gambar, perbezaannya terletak pada posisi badan, di mana gambar kiri menunjukkan yang model meletakkan badannya dalam keadaan condong. Manakala, gambar kanan pula menunjukkan model berada dalam posisi selari dengan lantai.

 

Graviti akan menarik beban dengan lebih baik dalam posisi selari. Jadi, senaman tersebut akan beri impak lebih besar daripada posisi condong. Kenapa anda nak lakukan senaman yang kurang berkesan kalau anda boleh ubah sedikit dan tingkatkan kebolehan hypertrophy otot?

 

Satu lagi, kalau anda buat dengan betul seperti yang kanan, mungkin anda tidak boleh buat barbell row seberat yang biasa kerana yang selari adalah lebih susah daripada yang condong!

 

Entri oleh: Aiman Radzi (@TheTherabeast)