Fakta membuktikan latihan bebanan amat membantu dalam memberikan bentuk badan yang diingini di samping dapat membakar kalori dalam tubuh. Pelbagai latihan berat boleh di lakukan seperti mengangkat dumbell, barbell, squat, bench press dan banyak lagi latihan yang seumpama.

Tetapi adakah anda tahu batas berat yang anda boleh lakukan? Adakah ia terlampau berat atau adakah ia terlampau ringan? Berapa berat beban yang mampu anda angkat sebenarnya.

Jika kita tidak tahu batas berat yang anda mampu lakukan sebenarnya ia amat bahaya juga kerana kita akan bermalas-malas dan terlampau selesa dengan berat yang anda mampu.

Kita perlu tahu bahawa semakin berat kita mengangkat sesuatu bebanan, semakin kuat daya kita dan semakin besar saiz badan anda. Mustahil jika seorang yang bermula dengan berat 10 kg pada berat badan 50kg , pada berat 80kg dia masih mengekalkan berat badannya 50kg. Pasti berat badannya semakin meningkat.

Artikel kali ini saya akan berkongsi cara mengetahui batas bebanan yang anda angkat. Caranya adalah anda perlu membuat sedikit eksperimen melibatkan reps dan form anda.

Anda cuba ambil dumbell yang beratnya maksima untuk anda angkat. Cuba lakukan dalam 2 reps dengan form yang betul. Jika anda rasa terlalu ringan, tukar dumbell yang lebih berat sehingga reps yang anda lakukan hanya mampu sehingga 2 reps sahaja. Jika anda selesai mendapatkan berat maksima apa yang perlu anda lakukan adalah mencari berat 75% daripada berat maksima tadi. Lakukanlah sebanyak 5-10 reps kerana itu adalah batas berat anda.

Cara kedua adalah dengan mencuba mana-mana berat dumbell. Cuba mengangkat sebanyak 5 kali reps. Jika anda tidak mampu, maka berat itu adalah terlampau untuk anda dan kurangkanlah sedikit berat anda. Manakala jika anda mampu mengangkat untuk 10 reps tanpa rasa apa-apa keletihan atau kepayahan, maka berat anda itu terlampau mudah dan sudah tiba masa untuk anda menambah berat.

Teknik ini amat sesuai digunakan untuk individu yang ingin menambah ‘strength’ , tetapi untuk individu yang ingin melatih ketahanan otot anda, teknik ini tidak sesuai. Anda harus menggunakan bebanan yang ringan untuk reps yang banyak.

Tetapi nasihat saya bagi wanita yang tidak mampu mengangkat bebanan berat, anda juga berpeluang mengetahui limit berat anda dengan cara mengangkat bebanan yang ringan dengan reps yang banyak. Contohnya mengangkat pada bebanan 5kg tetapi pada reps 30-40 kali. Dengan cara ini, anda mampu untuk menukar berat dan mengetahui batas berat anda.

Entri oleh: Fakhrul Islam