Admin baru dapat soalan menarik daripada pembaca setia Dee Gym Supplement berkaitan bodybuilding supplementation. Beliau bertanya samada perlu atau tidak mengambil supplement BCAA kalau dah ambil whey protein? Soalan yang agak bagus daripada pembaca kita!
Untuk pengetahuan anda, dalam whey memang sudah ada BCAA. Nama BCAA sendiri bermaksud protein yang terdiri daripada 3 rangkaian essential iaitu leucine, isoleucine, dan valine. 3 asid amino ini boleh dikatakan rangkaian protein berperanan paling besar dalam pembinaan otot badan.
Jadi, kalau dalam whey memang dah ada BCAA, kenapa nak pakai atau beli lagi BCAA? Ada dua sebab kenapa anda boleh gunakan BCAA di samping whey. Satunya, kalau anda tengah cut dan sangat stict dengan kalori. 1 scoop whey biasa ada dalam 100+kcal manakala 1 scoop BCAA pula mempunyai nilai kalori jauh lebih rendah daripada ini! Jadi, jika anda nak kurangkan kalori tapi nak tinggikan kuantiti protein, maka anda boleh tambah dengan BCAA.
Kedua, penggunaan BCAA tidaklah semuak whey kalau anda ambil banyak. BCAA mampu meningkatkan tenaga dan tahap pemulihan, dua benda penting untuk workout. BCAA juga sesuai diminum semasa anda workout dan juga pada hari rest day. Bancuh 1 scoop dalam shaker dan minum sepanjang hari!