Konsep Mudah Untuk Bina Badan

Admin nak kongsikan beberapa tips mudah yang anda boleh gunakan untuk faham apa sebenarnya cara yang betul untuk membina badan. Ini adalah konsep yang paling asas dalam dunia kecergasan. Fahamkan yang ini, maka anda boleh dapatkan hasil dengan mudah.

1- Pemakanan Ikut Kalori

Pemakanan mendapat nombor satu dalam dunia kecergasan kerana tanpa pelan pemakanan yang betul anda tidak mampu mendapat hasil yang anda inginkan. Badan anda akan memerlukan jumlah kalori yang tertentu (anda boleh kira sendiri berdasarkan calculator online). Daripada nilai tersebut yang anda kira, lebihkan sedikit kalori untuk menambah berat dan membina otot, kurangkan sikit untuk membakar lemak dan menjadi kurus.

2- Latihan Bina Kekuatan

Latihan jatuh ke tempat yang kedua tetapi usaha yang anda perlu berikan pada pemakanan dan latihan adalah 100% setiap satu. Konsep latihan mudah yang anda kena faham ialah selagi mana anda berlatih untuk menjadi lebih kuat, anda akan membina otot. Bukan sekadar kuat mengangkat berat, stamina anda meningkat, ketahanan anda bertambah, anda menjadi lebih tangkas, lebih lincah, apa sahaja yang menjadi “lebih” bermaksud latihan anda menjadi. Tetapi Jika anda fokuskan pada bina otot, fokuskan pada mengangkat bebanan yang lebih berat dan mampu melakukan lebih banyak repitisi.

3- Rehat Secukupnya

Rehat adalah faktor yang sangat penting dalam bina badan kerana tanpa rehat yang mencukupi, anda tidak membenarkan badan anda untuk membina otot yang anda harapkan. Kita tidak membina otot semasa kita berlatih di dalam gym, sebaliknya otot kita membesar semasa kita berehat terutamanya ketika sedang tidur. Stress dalam kehidupan yang terlalu banyak juga boleh mengganggu proses bina badan anda. Oleh itu, belajar untuk kawal perasaan dan juga tangani masalah serta stress dalam hidup.

Mencari supplement terbaik untuk membina badan? Gunalah produk produk daripada jenama Superior14!

Entri: Aiman Radzi (@TheTheraBeast)

Komen Facebook